Ringkasan Pendakian
Setiap pendaki diwajibkan bersama guide/pembimbing gunung Kinabalu yang dilantik.
Dari Kinabalu Park anda akan ke Timpohon Gate – dengan berjalan atau menaiki van. Anda akan mendaki dari sini (alternatif lain ialah melalui Gate Mesilau)
Pendakian lazimnya di bahagi kepada 2 tahap. Pendakian pertama bermula dari Timpohon Gate hinggalah ke rumah rehat Laban Rata.
Selepas tidur 1 malam di sini, anda akan memulakan pendakian kedua sekitar pukul 2:00 pagi ke puncak Kinabalu (di panggil Low’s Peak). Masa tiba di puncak dianggarkan kira-kira pukul 5 pagi.
Pendakian pertama mengambil masa 3 ke 6 jam. Pendakian ke dua mengambil masa 2 – 4 jam. Masa berbeza mengikut kadar kecergasan dan keadaan cuaca pada hari pendakian.
Pastikan anda telah ke tandas sebelum mendaki ke puncak. Puncak granit Kinabalu tiada pokok atau semak untuk anda berselindung semasa membuang hajat.
Untuk memudahkan urusan pendakian (permit, insuran, sewa porter, sewa rumah rehat dll) kebanyakan pendaki menggunakan pakej dari agensi pelancongan.
Sungguhpun anda mahu menggunakan khidmat agen pelancongan, pastikan anda tempah pakej beberapa bulan sebelum tarikh mendaki.
Via Ferrata
Ramai yang tak tahu, sebenarnya Gunung Kinabalu ada Via Ferrata (Jalan Besi), iaitu laluan menggunakan kabel dan jambatan yang diikat ke gunung, yang paling tinggi dalam dunia.
Anda boleh mengambil trip mendaki gunung Kinabalu dengan turun melalui Via Ferrata kalau mahu.
Tapi harganya dalam RM600 lebih dari harga pakej mendaki biasa.
Review
Jadi yang pertama beri review