Tentang Tarikan Ini :
Penting : Tarikan ini telah ditutup pada 31 Disember 2019.
Kalau anda si bapa, anda mungkin menguap besar. Tapi jika anda anak kecil peminat Bob the Builder atau wanita yang sukakan Hello Kitty, ini mungkin lebih menyeronokkan dari Legoland.
Hello Kitty Town
Bandar Hello Kitty ini adalah bandar pertamanya di luar Jepun. Di sini, anda boleh masuk sendiri ke dunia Hello Kitty — dari bilik Kitty hinggalah ke Secret Closetnya.
Peluang berselfie memang banyak. Dan kalau itu belum cukup, anda juga boleh membuat aksesori wanita anda sendiri atau makan makanan bertemakan Hello Kitty yang pink, pink, pink.
3 Tarikan Paling Top Kat Johor
Thomas Town
Untuk anak lelaki di bawah 5 tahun yang biasa dengan Bob the Builder atau Barney, tempat ini bakal buat mereka tersenyum. Kalau di TV mereka hanya boleh melihat Bob, di sini mereka boleh menolong Bob di Bobsville.
Untuk peminat Thomas and Friends dan Pingu — pun tiada masalah. Ada banyak tarikan yang bukan sahaja boleh dilihat, tapi juga dinaiki. Contohnya bumper car!
Lat’s Place
Di sini, tarikannya ialah makanan, sebab ia adalah restoran. Cuma ia bertemakan kartun Lat.
Nota
- Anda boleh membeli tiket berasingan untuk hanya ke salah satu taman tema ini.
- Tempat ini hampir dengan Legoland dan ada shuttle ke Legoland dari sini.
- Tempat ini jauh lebih kecil dari Legoland dan ia seperti sebuah taman permainan dalam dewan berhawa dingin macam taman tema Angry Bird. Kalau nak yang lebih besar, boleh jenguk MCM Studio Cartoon Planet.
Harga Tiket
Tarikan ini telah ditutup. Harga di bawah hanya untuk rujukan sahaja
Harga Tiket (RM) | |
---|---|
Hello Kitty | 85 |
Thomas Town | 85 |
Kombo: Hello Kitty + Thomas Town | 125 |
Beli Tiket Diskaun → |
JomJalan Seluruh JB