Boleh Masuk ke Dalam Menara?
Ya. Sebenarnya anda boleh naik ke 2 menara (bertiket). Dalam kawasan menara ini ada galeri dan juga restoran.
Galerinya ada lukisan orang tempatan.
Restorannya pula semasa jambatan ini dibuka, masih belum siap lagi. Tapi kalau ikut rancangannya, boleh memuatkan dalam 200 orang dalam satu-satu masa.
Kalau anda berada di atas menara, anda juga boleh ke hujung menara-menara ini.
Kat kawasan hujung ini ada dek tinjau berlantaikan kaca. Jadi bukan sahaja boleh tengok pulau dan bandar nun di sana, tapi juga laut di kaki anda.
Waktu Galeri
Isnin – Ahad : 10.00 pg – 10.00 mlm
Layan View
Kalau anda tak mahu naik jambatan, tapi nak rasa dekat dengan lokasi ini, anda boleh naik bot untuk pusing-pusing melaluinya, dan tarikan berdekatan.
Kalau anda memang nak bergambar, pada kami, cara ini lebih baik. Sebabnya anda boleh dapat latarbelakang jambatan dengan lebih sempurna.
Untuk ambil bot ini, anda boleh pergi ke Pulau Sekati dan ambil Sekati Emas Kuala Terengganu Boat Tour.
Makan Malam
Untuk anda yang datang dengan keluarga, boleh juga ambil angin laut malam-malam sambil makan dengan pemandangan drawbridge ini, di kawasan makan sebelah Kuala Terengganu.
Namanya Taman Selera Tanjung.
Kat sini makanannya lebih kepada makanan laut — dari kerang bakar sampailah sotong celup.
Tapi bang datang untuk pemandangannya, bukan untuk makanannya.
No Drone Zone
Semasa ia baru dibuka, banyak yang guna drone untuk ambil gambar-gambar cantik jambatan ini.
Tapi sekarang, kawasan ini sudah diwartakan yang kawasan ini kawasan larangan drone.
Bukan apa. mengikut cerita, banyak drone yang terbabas melanggar menara dan kawasan cermin kaca skybridge.
Kalau anda nak juga terbangkan drone, kenalah minta kelulusan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
Perempuan yang jaga kaunter bawah menara Galeri kena lebih mesra sikit, baru kol11 pagi dah tegang muka.
Keje frontliner takkan tak ada training hadap customer. Naik atas kena pakai sarung kasut, buruk benar masuk gambar..
Totally rosak teruk lah gambar.. Kalau nak jaga cermin lantai, baik suh bukak kasut je lagi bagus..
One thing – where can we actually park our car? We parked kt bawah jmbatan which was way far from the look out towers.
Not suitable for elderly sebab terpakse jln jauh.
Yg walkway tepi bridge tuh xdok bumbung so mmg panas nk jln ke menara tinjau tuh. The view from the top was stunning. Adult Rm15 and seniors and kids Rm10.
1. Parking lot 🅿️ disediakan
2. Boleh bawa tikar atau meja lepak2 santai bersama kawan2 atau keluarga 💃🏼
3. View malam lebih chantikkkkkkkkk 🤩✨
4. Sila jaga kebersihan 🗑️
5. Weekdays tidak ramai orang
Overall good 😊👍🏼