Kalau anda puas berleter susahnya cari duit, dan anak julingkan mata ke atas, ini alternatif buat anda.
Tapi siapkan ongkos dulu.
Hantar mereka ke Kidzania sehari suntuk, sambil anda shopping sakan di Ikea Damansara.
Tiada tunggangan, dan tiada permainan arked di sini. Tapi, anak-anak anda akan bekerja.
Hari ini mereka boleh jadi pakar bedah, ahli bomba, wartawan, juruterbang, model, doktor, pelukis atau juga seorang pelakon untuk sehari.
Tempat ini umpama bandar kecil. Ia lengkap dengan hospital, balai bomba, salon kecantikan, bank, stesen radio, studio TV dan teater.
Kalau Petrosains KLCC lebih kepada teknologi minyak, yang Kidzania, lebih menyeluruh tempat mainnya.
Bila sudah bekerja, tentu ada gaji kan?
Gaji yang mereka terima diberi dalam bentuk matawang KidZania (dipanggil kidZos).
Duit ini boleh disimpan ke dalam akaun bank Kidzania, dan dibelanjakan di mana-mana kedai di dalam KidZania.
Pendek kata, hari ini mereka akan faham tentang susahnya bekerja mencari duit.
Dan duit pula perlu berdikit-dikit, sebab di Kidzania, mereka akan punyai kad bank Kidzania untuk mereka belajar tentang pentingnya berjimat.
p/s Walaupun harga tiket masuk tak murah, selalunya ada promosi tiket Kidzania untuk anda rebut.
Harga Tiket
Umur | 2 – 3 tahun | 4 – 17 tahun | 18-59 Tahun |
---|---|---|---|
Harga Tiket Walk-In (RM) | 48 | 100 | 61 |
Beli Tiket Murah Kidzania | |||
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 3 Jan 2023 |