Pasar Payang

Tarikan Percuma

(6 review)

Nak cenderahati dari Terengganu? Atau cari batik untuk ke ofis? Jom kita ke Pasar Payang

Anggaran Masa Utk Aktiviti
1 – 3 jam
Harga Tiket
Percuma
Lokasi
55, Jalan Kampung Cina, Kampung Banggul, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia

SINGGAH SEBENTAR

Membeli Belah

Oleh sebab ia di tepi Sungai Terengganu dan berdekatan dengan Jeti Syahbandar, mencarinya bukanlah satu masalah.

Lagipun anda boleh singgah ke sini sebelum atau sesudah menaiki bot ke pulau-pulau di Terengganu.

Yang nak santai shopping kat luar masa hujung minggu boleh layan Payang Walk.

pasar payang
Kredit : PayangWalk

Apa Ada Di Sini?

Pasar Payang ada 2 tingkat. Di tingkat bawah ada gerai jualan barang basah dan gerai jualan kuih-muih tradisional Terengganu.

Bolehlah anda cari keropok dan telur penyu.

Kawasan pasar barangan basah ini agak kotor.

Jadi tak perlu pakai baju mahal ya, sebab ini tempat yang ada ayam, daging, ikan dan barangan keperluan harian lain.

Hanya di tingkat atas barulah kawasannya agak bersih.

Batik Pasar Payang di Tingkat Atas

Di bahagian atas anda akan dapat membeli pelbagai jenis barang kraftangan.

Akan tetapi, barangan yang kerap menjadi buruan pelancong ialah batik Pasar Payang.

Berbeza dengan batik di tempat lain, batik di sini kata orang, lebih cantik, moden dan sesuai dengan citarasa orang muda.

Selain batik, anda juga boleh layan songket, barang tembaga, batu permata, sutera dan capal di tingkat ini.

Yg Menarik

Ada pelbagai barangan yang murah.

Ramai orang luar Terengganu datang ke sini sebab barangnya lebih murah dan masih boleh tawar menawar.

Payang Walk

Pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad, dari 5 petang hinggalah 12 tengah malam, ada kawasan gerai-gerai yang dibuka di luar Pasar Payang.

Pasar ini bermula dari Pejabat Pos Besar sehingga kawasan letak kereta pasar.

Layanlah puas-puas.

Di sini juga ada ruangan bakat. Jadi anda boleh cuba mencanting batik, membuat wau, menganyam tikar atau membuat ukiran. Adanya keropok lekor istimewa.

Kata orang, tidak sah ke sini kalau tidak cuba keropok lekor daripada tepung sagu dan ikan.

Jika itu bukan yang anda cari, ada juga pelbagai jenis keropok yang ada dijual di pasar ini — dari keropok lekor hinggalah keropok keping.

6 review utk Pasar Payang

4.7
Berdasarkan 6 review
5 bintang
66
66%
4 bintang
33
33%
3 bintang
0%
2 bintang
0%
1 bintang
0%
1-5 dari 6 review
  1. Bangunan Pasar Payang yg baru sudah dibuka. Kebanyakkan kedai di bangunan baru banyak kedai yang menjual pakaian dan cenderamata. Bangunan lama masih ada kedai yg dibuka tapi kebanyakkan nya menjual makanan.

    Kali kedua kesini; rambang mata nak shopping disini. 😅

    Serunding di kedai kakak ni mmg sedap. jika dtg kesini cari kedai akak ni. Kedai akak ni berdepan dengan kedai makan

    (0) (0)
  2. Pasar Payang
    ————–

    Saya datang ke Pasar Payang pada 12 Oktober 2024, semata-mata nak cari fridge magnet! Seronok tengok banyak perubahan lepas 6 tahun. Kini ada dua bangunan baru:

    Bangunan pertama di lokasi asal khusus untuk jualan makanan seperti keropok, kudapan, air, bahan masakan, rempah, dan beras. Walaupun dah buka, ada beberapa bahagian dalam yang masih dalam proses pengubahsuaian. Ada yg meniaga dlm khemah.

    Bangunan kedua pula menyediakan lebih banyak ruang parking. Di sini ada pelbagai pilihan seperti pakaian, cenderamata, produk tempatan, pewter, keychain, fridge magnet, patung, dan juga banyak kedai Emas—sediakan duit je, ya! 😆

    Pemandangan laut dan kapal di belakang Pasar Payang memang cantik, saya sempat ambil gambar untuk dikongsi!

    Oh ya, di Belakang Pasar Payang asal, juga ada penjual yang buka meja tepi walkway, jual air Roselle. Air Roselle di sini memang sedap, rasanya ala-ala minuman Sakura Oolong Lychee Tea dari Tealive—penuh dengan sari dan potongan jeli. Rugi kalau datang sini tak cuba!

    (0) (0)
  3. Tempat wajib singgah di Terengganu untuk membeli buah tangan untuk keluarga. Kalau pandai menawar harga, boleh dapat lebih murah dengan pembelian yang banyak.

    Dinasihatkan pergi awal pagi untuk mendapatkan tempat letak kereta yang dekat dan tidak bersesak dengan orang ramai. Tempat makan juga banyak, tetapi agak padat dengan pengunjung.

    (0) (0)
  4. Dua kali ke sini sepanjang stay di Kuala Terengganu. Dtg jam 7.45pagi ingatkan dah buka tapi banyak gerai belum buka kecuali gerai makan. 8.30pagi baru bynk gerai dah mula buka tapi baju2 semua kebanyakkan 9pg ke atas baru buka. Pasar dlm tu bersih dan rasanya mcm dah renovate nampak elok.

    Saya suka lagi shopping batik di sini berbanding Noor Arfa. Blouse dlm RM50, kemej batik ada RM85+, kaftan ada kain sedap RM20+

    Keropok beli ikan tamban sedap. 2 paket RM18. Semua gerai lebih kurang je brand keropoknya.
    Popia ikan dan serunding daging asli pun sedap.

    Kalau dtg lagi terengganu saya akan ke sini lagi.

    (0) (0)
  5. Ni yg kt bangunan sementara. Bangunan baru sok akan house kan those yg jual baju2.

    Yg lain2 akan stay kt bangunan yg skrg. Bnyk pilihan baju and keropok2. Kene pandai cari lah yg mana yg berkenan. Ade kwsn utk makan.

    Time pagi2 mmg ramai. Caution, if nk parking senang dtg awai pagi cz mmg jenuh nk cari parking dekat. And parking nye berbayo. Make sure find the parking tiket kt kiosk yg ade sekitar.

    (0) (0)
Masukkan ulasan
Pasar Payang Pasar Payang
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)