Wan Thai

Restoran Wan Thai ialah restoran Thai paling popular dan paling diminati oleh pelancong luar dan orang tempatan di Langkawi. Antara sajian istimewa dan paling popular di sini ialah pulut mangga, otak-otak dan tomyam.

Sajian di Wan Thai agak pedas. Jadi jika anda datang berkeluarga, fikirkan kesesuaian hidangan yang anda pesan untuk anak anda.

Tips Pengunjung

  1. Buat tempahan dulu jika anda ingin datang pada musim cuti sekolah. Lebih awal lebih baik
  2. Jika anda datang dengan perut kosong, restoran ini mungkin kurang sesuai kerana anda perlu menunggu lama.
  3. Restoran ini ditutup untuk rehat setiap hari dari 3 ptg – 6:30 ptg

Peta Ke Sini

Teroka Seluruh Langkawi