Galeria Perdana

RM5.00

[TUTUP SEMENTARA]Teringin nak tau jenis hadiah apa yang pemimpin negara dapat? Datang sini dan tengok apa yang dunia beri Tun Mahathir.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
15 – 30 min
Harga Tiket
Percuma
Lokasi
Lot2836, Kg Buluh Penyumpit, Langkawi Highway, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah

Ditutup sementara / kekal

HADIAH

Mantan Perdana Menteri

Hadiah-hadiah yang diberi kepada Tun Mahathir ini dipamerkan di dalam bangunan 2 tingkat yang cukup indah.

Yang seronoknya, kat sini ada sebanyak 2,500 cenderahati dari 9,000 hadiah yang diterima beliau datang dari seluruh dunia.

Hadiah-hadiah ini disimpan untuk tontonan rakyat kerana Tun Mahathir berpendapat bahawa hadiah-hadiah tersebut bukan untuk beliau. Tapi untuk rakyat Malaysia.

galeria perdana

galeria perdana

PELBAGAI BARANG

Seluruh Dunia

Ada 3 blok di sini.

Dan ada ukiran kayu, tembikar dan porselin hinggalah kepada koleksi senjata, fotografi dan kenderaan.

Kalau anda cintakan seni dan nak tahu budaya dan adat sesebuah negara, ini adalah tempat tarikan terbaik untuk tengok sendiri seni berharga dari seluruh dunia.

Cuma sayangnya banyak hadiah tidak mempunyai nota kaki atau maklumat lanjut tentangnya.

Tarikan Berhampiran

Bila dah ke sini, jangan lupa jenguk Langkawi Adventure & Extreme Park dan kayuh basikal atas langit. Kalau nak tengok binatang, boleh juga singgah di Langkawi Wildlife Park atau Langkawi Nature Park. Tempat ini juga dekat dengan jeti bot untuk mereka yang mengambil trip ke Sungai Kilim.