tempat bersemayam agong di muzium diraja kuala lumpur

Kredit : aminafique

Muzium Diraja

[TUTUP SEMENTARA]Nak tahu bagaimana rasanya tinggal dalam istana? Muzium Diraja Negara tempat terbaik untuk itu kat Malaysia.

Penting: Muzium ini ditutup sementara untuk kerja baikpulih. Ia dijangka bakal dibuka semula pada April 2025.

Membuka pintunya pada 1 Februari 2013, Muzium Diraja ini sebenarnya adalah istana negara lama sebelum istana baru disiapkan pada 2011.

Dulu inilah tempat bersemayam Yang di Pertuan Agong sebelum kerajaan menukarkannya kepada muzium.

muzium diraja kl

Kredit : liamspender

Dan sebelum  dijadikan istana, ini sebenarnya rumah milik seorang taukey Cina bernama Chan Wing. Pada masa ia dibina (sekitar 1920an) rumah ini adalah rumah agam terbesar dalam Kuala Lumpur. Dalam rumah ini, taukey ini menempatkan 8 orang isteri dan lebih 20 anaknya (ya, angka tu kami tak salah taip).

Bila anda ke sini, anda akan dapat tengok sendiri 22 ruang dalaman istana — dari balairong seri, pejabat, ruang makan hinggalah tempat istirehat ketua negara.

Dahulunya istana ini dikawal rapi pengawal berkuda dan tidak dibuka untuk umum. Tapi sekarang anda boleh masuk ke dalam istana dan dengar sendiri penerangan bekas pengawal istana sewaktu lawatan berpandu ke sini.

Anak-anak anda mungkin menguap. Tapi kalaulah anda sukakan sejarah, tempat ini istimewa. Bukan apa, anda bukan sahaja boleh masuk ke tempat yang biasa-biasa, tapi juga boleh masuk ke ruang beradu Yang di Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong. Tu dia!

Untuk makluman, ruang ini memang kawasan terlarang. Dikatakan pengawal yang telah puluhan tahun berkhidmat pun tidak dibenarkan masuk sebelum ini, sampailah ianya dijadikan muzium. Jadi, jangan kata anda tidak bertuah bila ke sini!

Harga Tiket

Harga Tiket Walk-InDewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Warganegara52
Pelancong Asing105
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 2 Jan 2023

Waktu Operasi

Isnin – Ahad : 9 pg – 5ptg (kecuali Isnin pertama setiap bulan)
(Tutup pada 2 hari raya pertama Aidilfitri & Aidiladha)

Acara

Tempat ini muzium baru. Jadi untuk memperkenalkan ia kepada umum, lazimnya ada aktiviti di ruang depan Muzium diRaja setiap hari Ahad, contohnya seperti demo silat cekak dan pancaragam polis.

3 Tarikan Paling Top Kat KL


JomJalan Seluruh KL

Senarai tarikan best di Kuala Lumpur
Hotel terbaik pilihan kami
Promo hotel, tarikan KL
Layan kedai makan sedap kat KL

 

Jomjalan