Muzium Perang Penang

Nak tengok tempat kubu perang yang bukan sahaja bersejarah tapi juga berhantu? Jom jalan sini

Bekas pejabat Jepun. Kredit Atiqah.blogspot

Dianggap antara tempat paling berhantu di Asia, muzium perang sebesar 20 ekar yang di Bukit Batu Maung ini sebenarnya adalah bekas kubu British pada waktu perang Dunia ke-2.

Dibina pada tahun 1930an, kubu ini kemudiannya ditukar menjadi penjara dan kem menyeksa askar Melayu, Sikh dan British yang ditawan oleh tentera Jepun. Oleh kerana orang tempatan tidak berani menjejakkan kaki ke sini, ia akhirnya terbiar dan diselubungi hutan selama lebih 50 tahun.

Bekas pejabat Jepun

Bekas pejabat Jepun : siamimiatiqah.blogspot.my

Hari ini, kubu tua ini telah dipulihkan semula sebagai muzium dan simpanan sejarah untuk tatapan kita yang bertuah tidak melalui zaman perang. Anda akan dapat melihat kesan tinggalan seperti berek askar, tempat memasak, tempat menyimpan senjata dan peluru sehinggalah ke terowong bawah tanah dan sisa kubu perang yang masih tinggal.

Tempat Paling Menyeramkan di Asia ?

National Geographic Channel telah meletakkan tarikan ini sebagai antara 10 tempat paling menakutkan di Asia.

Direka oleh jurutera di-Raja British dan dibina oleh banduan dari India yang sedang menunggu hukuman mati, muzium ini pernah menjadi saksi hukuman pancung tentera Jepun di dalam kawasan kubu. Dikatakan sewaktu kubu ini diteroka untuk dijadikan muzium, ada kubur-kubur yang dijumpai dan proses menghalau roh-roh di sini terpaksa di buat sebelum ia dibuka kepada awam.

Bila anda ke sini, anda juga akan dapat melihat sendiri alat dan tempat tentera Jepun memancung tahanan. Jangan balik tak dapat tidur sudah!

Lawatan Penang Spooky Tour

Kawasan anti pesawat

Kawasan anti pesawat : daunkaripole.blogspot.my

Kalau anda rasa anda berhati waja, muzium ini ada membuat lawatan Penang Spooky Ghost Tour sewaktu malam sambutan Hungry Ghost Festival.

Bukan sahaja anda bukan saja dapat melawatnya pada waktu malam, tetapi yang best lagi — boleh bermalam di sini pada hari itu. Ha! Ada berani?

Waktu Operasi

Isnin – Ahad : 9 pg – 11 mlm

Harga Tiket

 Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Warganegara2010
Pelancong Asing3718

Peta Ke Sini

Berek tentera

Berek tentera : daunkaripole.blogspot.my

Apa Lagi Yg Best Kat Penang?

Tempat menarik kat Penang
Layan kedai makan sedap Penang
Hotel terbaik pilihan kami