Bila anda ada kat area Bukit Bintang, anda kena cuba makanan luar negara.
Dan kalau bajet anda terhad, tapi nak rasa lauk Arab sana, kami sarankan anda cuba Damascus Shawarma.
Kedai ini kecil.
Tapi kebab / shawarma dan juga nasi arabnya sedap-sedap.
Shawarma Padat Tapi Power
Saiz shawarma kat sini tak besar.
Dan kalau tengok, gaya besar lengan baby saja. Tapi isinya penuh.
Harga : Kali terakhir kami datang ( 16 May 2022), shawarma ayam saiz biasa – RM 9.
Shawarma ayam tak banyak sayur dan memang ada kick. Shawarma daging pula ada lebih sayur.
Jadi memang boleh beli kedua-duanya sebab apa yang diletak kat dalamnya memang berbeza.
Harga nasi kat sini memang nampak agak mahal.
Tapi ikut pengalaman kami, taste nya satu anak tangga berbeza.
Atas dari kebanyakan kedai nasi Arab yang pernah kami rasa.
Dan sebab nasinya banyak, 1 hidangan boleh dibuat makan 2 orang dewasa.
Masalah tempat ini satu. Kadang-kadang line beratur kat sini panjang, dan tak ada kerusi.
Kalau kaki dah lunyai menapak, memang penat berdiri tersidai tepi jalan menunggu order anda ready.
Nak makan kat dalam? Boleh. Tapi sebab kawasannya sempit, lebih baik anda bawa balik dan makan kat hotel anda saja.
Yang bagusnya, sebab kedai nya kat tepi stesen monorail, senang nak cari.
Tukang ambil order, pelayan dan pekerja nya memang orang Arab. Bila ambil order pun tulis dalam bahasa Arab. Jadi kalau nak rujuk balik order anda, memang mereka sahajalah yang baca.
Apapun, kami suka shawarma dengan nasi mandi yang ada. Harga memang anda kena bajetkan lebih dari lauk Mamak dan Melayu.
Untuk rasa lauk Syria yang tulen, ini tempat shawarma Bukit Bintang yang murah, yang bermutu.
Dan ia pun buka dari pukul 8 pagi sampailah ke 2 pagi.
Boleh layan kalau terasa kebuluran tiba-tiba masa cuti kat area Bukit Bintang ini.
Tips : Kalau tak suka shawarma, ia juga ada burger dan sandwich, tapi mereka guna hirisan daging dan ayam macam yang guna pada shawarma.
Lokasi : 111, Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur (tepi pintu masuk Sungai Wang mall)