Aktiviti District 21
1. Panjat Dinding
Ya. Ada dinding memanjat untuk anda jadi rock climber dalam dewan ini.
2. Roller Glider
Ini anda patut cuba sebab sukar dicari di Malaysia. Anda disangkut dilaluan seperti landasan keretapi yang disangkut kat siling bangunan. Dan whoooosh!
Glider ini akan bawa anda dengan laju. Mesti jerit punya! Selain 2 aktiviti ini ada lagi aktiviti-aktiviti lain yang boleh anda buat.
Nak melompat, melantun kat gelanggang span boleh. Nak masuk keluar perangkap besi pun tak ada masalah.
Tempat ini sesuai untuk yang besar dan kecil. Kalau anda takut tempat tinggi, mungkin kurang sesuai. Tapi anda masih boleh masuk ke sini kalau cuma mahu melihat. Tapi masih kena bayar ya.
3. Ninja Warrior Course
Kalau ada kawan yang bila tengok Ninja Warrior selalu ejek cakap adeh, yang itu pun tak lepas, ini tempat nak buat dia merendah diri.
Kat sini boleh tengok kalau yang suka mengejek itu banyak gagah, atau banyak cakap.
Tarikan Berdekatan
Kalau belum cukup penat, dalam IOI Mall ini juga ada tempat nak ber ice skating.
Namanya Putrajaya Icescape Ice Skating Rink.
Kalau ada hajat begitu, jangan lupa bawa sarung tangan dan stokin ya?
Waktu Operasi
Isnin – Jumaat :12 tgh – 8 mlm
Hujung Minggu & Cuti : 10 pg – 8 mlm
when you have a lot in mind, then make it a lot in outside. do something physically to make sure you are busyyy.. hahaha..
tempat yang seronok. paling best boleh keluar masuk,. maksudnya, kalau tgh main tetiba lapar, keluar, makan, solat semua,.lepastu masuk sambung main.. suka suka suka.
Main 2 3 game dah mengah hahah tapi best ! Pergi weekday tak ramai orang..tapi weekday start 12pm-6pm jee
memang best gila. saya main sini 5 jam straight. sakit do main benda ni. tp best ! mmg keluar peluh kaw2. siapa gayat, x yah la main. aku menangis do 🤣 staff pun sgt2 friendly. …
Tempat menarik utk aktiviti panjat memanjat, terjun, berlari dan seumpamanya. Boleh juga buat aktiviti untuk team building. Ada aktiviti yg mencabar, ringan dan sederhana. Sesuai utk beriadhah sambil berpeluh, samaada bersama keluarga ataupun rakan2.
-dtg jam 2PM hari cuti sek, tak berapa ramai.
-beli online,walk in agak mahal.
-isi form dulu baru buat bayaran.
-utk kanak2 bleh main tapi tinggi kena 155CM.
-ada game yg bleh main under 155CM.
-pastikan pakai kasut.
-Stokin & glove akan diberi selepas buat payment.
-pakai pakaian sukan utk keselesaan bergerak.
-Boleh keluar utk mkn2/minum.
-pastikan gelang tidak dicabut jika ingin masuk bermain semula.
-sila ikut arahan drpd crew.
-sewa locker rm10.
-Boleh bawa air.