Ada hajat nak pi jalan-jalan dan bergambar kat Putrajaya masa cuti nanti?
Kalau ya, jangan lupa bergambar kat 3 tempat yang kami listkan kat bawah ini, sebab pemandangannya rare.
Rasa macam kat overseas gitu.
Okay, jom kita tengok kat mana port bergambar kat Putrajaya untuk penuhkan IG anda itu nanti.
Tempat Bergambar OOTD kat Putrajaya Mcm Oversea
Taman Saujana Putra
Taman Saujana ini ada gaya taman luar negara.
Dan rasanya bukan saja popular dengan orang berjoging, tapi juga yang berpiknik dan bergambar.
Besar taman ini 47 hektar, dan ada 3 jenis taman.
Taman Eropah, Oriental dengan Inggeris. Jadi boleh pusing cari kawasan sesuai untuk tema bergambar itu.
Waktu operasi pula seawal pukul 7 pagi dah boleh masuk.
Hari biasa ke, cuti ke, buka saja, sampailah pukul 7 malam.
Tapi kalau dah pukul 9 pagi, janganlah datang melainkan nak makeup tu cair.
Dan sebab ianya kat atas bukit, view pun boleh layan.
Dan selalunya orang yang joging pun tak joging lama. Masa lebihnya buat menangkap gambar je selalunya.
Lokasi : Taman Saujana Hijau, Presint 11, Putrajaya
Astaka Morocco
Putrajaya ini kan kawasan yang banyak inspirasi Morocco.
Jadi tak lengkap kalau tak ada satu kawasan khas untuk bergambar.
Dan kalau dah ke Putrajaya, tapi tak bergambar kat sini memang tak sah.
Tapi kalau nak cun, baju tu cik adik, siapkan yang cantik-cantik.
Kawasan luarnya percuma.
Tapi nak masuk ke dalam lagi, kena bayar RM 3.
Lokasi : Moraccan Pavillion, Presint 1 Putrajaya
My Balloon Adventure
Kami tutup senarai ini dengan yang berbayar lah ye?
Ini lokasi yang sesuai sangat kalau bukan sahaja nak bergambar, tapi nak rasa sendiri adventure yang cukup rare kat Malaysia, iaitu naik belon panas dengan My Balloon Adventure.
Kalau tak sanggup nak bayar mahal, boleh tunggu masa My Balloon Fiesta yang selalunya ada tiap-tiap tahun.
Masa itu belonnya banyak, boleh layan.
Selalunya dibuat di Presint 2.
Oh! Kalau tak sanggup tunggu, dan bajet tak keras, boleh pi Skyrides Park.
Ada belon kat situ.
Cuma dia ikat dengan tali ke tanah, jadi tak terbang tinggi sangat.
Lokasi : MyBalloon Adventure Putrajaya
Baiklah. Senarai dah lengkap.
Yang belum cukup kat tempat itu ialah cik adik tu.
Bilanya nak ke sini?