Pemandangan
Dalam perjalanan awal pagi ini, anda akan dapat tengok bermacam binatang hutan Sabah, dari burung enggang sampailah ke sang kancil kalau anda bertuah.
Dan anda dijangka sampai ke destinasi anda di Rasa Ria Lookout dalam 30 minit.
Pemandangan yang anda bakal dapat ialah pemandangan matahari terbit β yang bersinar kat gunung Kinabalu, hutan Sabah sampai ke Laut China Selatan,
Dan sementara anda layan pemandangan, anda akan makan pagi kat sini.
Cabaran
Cuma yang menjadi masalah untuk kita ialah Subuh.
Solat Subuh kat Kota Kinabalu bermula sekitar 5:15 pagi, hampir sama dengan waktu mula trip memanjat ke atas.
Dan kalau hotel anda di Kota Kinabalu, anda perlu bangun awal dan ada kenderaan sewa sendiri.
Untuk mendapatkan kenderaan pada pukul 4 pagi pun satu masalah.
Tapi kalau anda boleh menyelesaikan cabaran-cabaran di atas, ini antara tempat tengok view Sabah yang special.
Alternatif
Kalau nak yang percuma dan dekat dengan Kota Kinabalu, pergi pantai Tanjung Aru.
Untuk yang berbayar, boleh ke Elf Kokol Hill.
Dan untuk yang luar KK, boleh ke Tip of Borneo.
Lokasi
Rasa Ria Lookout ini berada di kawasan Pantai Dalit, Tuaran.
Anda perlukan kenderaan sendiri untuk ke sini (40 minit perjalanan dari KK) jika anda mahu ke sini disebabkan waktunya bermula yang awal.
Tapi kalau anda memang menginap di Shangri La Kota Kinabalu, ia bukan satu masalah kerana ia dekat dengan tarikan ini.
Review
Jadi yang pertama beri review