LOKASI STRATEGIK
Mall & LRT Dekat
Tak payah fikir jalan jem, tren LRT PWTC cuma beberapa minit jalan kaki.
Yang datang guna komuter pun, ada stesen komuter Putra dekat dengan hotel ini.
Dan kalau nak shopping atau cari makan, Sunway Putra Mall literally sebelah hotel – turun lif, terus sampai.
Memang senang betul!


HOTEL 5 STAR
Tapi Harga Masih Sederhana
Satu lagi yang kami suka, bilik kat sini kebanyakannya lebih luas dari hotel sekitar kawasan KL.
Dan bestnya, walaupun ni hotel 5 bintang, harga biliknya masih kategori sederhana.
Kalau datang dengan family, bilik suite memang puas hati sebab ada ruang lebih.
Cuma biliknya bukanlah moden dan chic untuk traveller muda.
CUKUP FASILITI
Untuk Cuti Famili
Tak semua hotel tengah KL bagi *parking free, tapi sini ada dan berbumbung lagi!
Plus, hotel ni ada pool yang selesa – kids pun ada section sendiri.
Kalau nak rileks lepas seharian jalan, memang berbaloi.
(* ambil tiket parking dan register plet kereta dengan pihak hotel)



	  
	  
	  
	
	
	
	
			
	
			
	
			
	
			
	


