😰 Omai! Ini Rahsia 3 Tempat Cuti Popular Malaysia (Yang Hangpa Tak Tau)

Hangpa mungkin bijak sampai tahu rukun negara Vietnam. Tapi 3 rahsia tempat menarik Malaysia ini mungkin hangpa tak tahu.

Laut Selat Melaka, Melaka

riber-cruise
Ini rahsia Melaka yang hangpa tak tahu.

Laut Melaka sebenarnya penuh dengan harta karun. Betul!

Kapal Flo De La Mar Portugis yang karam sudah 500 tahun lalu masih lagi tersadai kat dasar Selat Melaka.

Dan selain kapal ini, ada berpuluh kapal lain yang karam dengan harta masing-masing,

Harta dalam kapal Flo Del Mar ini sahaja orang anggarkan RM 12 billion.

Antara yang hilang dengan kapal ini dalam laut Melaka yang berselut itu, 60 tan jongkong emas, 200 peti berlian sultan Melaka dan juga hadiah-hadiah raja Siam kepada Portugal.

Selain tersadai dalam laut, harta Sultan Melaka juga dikatakan disorok di kawasan Pulau Besar, Pulau Nangka dan Bukit St. Paul.

Usaha memburu harta ini sebenarnya banyak kali dibuat. Kerajaan Melaka sendiri pun ada cuba mencari. Tapi sampai sekarang yang dapat dijumpai cuma duit syiling. Yang lain, kalau pun ada yang berjaya jumpa, tak berjaya pula di bawa keluar.

Kita dah berjaya menghantar orang ke langit. Tapi sayang betul, sebab selepas 500 tahun kita gagal mengesan harta Sultan Melaka yang di laut dan disorok di darat.

Nota: Pakar pemburu harta karun, Robert Marx pun ada mencuba. Habis dibelanjakannya RM 80 juta untuk  jejak Flo Del Mar ini. Tapi hasilnya cuma gigit jari kaki.

Rahsia Bukit Merah, Perak

bukitmerah

Apa pula yang dirahsiakan kat Perak ?

Sisa radioaktif berbahaya.

Ha! hangpa sah tak tahu kan? Satu masa dahulu Mitsubishi dan Tabung Haji ada kilang “rare earth” di Bukit Merah. Kilang itu sekarang ditutup.

Tapi Mitsubishi Chemical Jepun masih lagi menanam sisa radioaktif dari sisa “rare earth” itu di dalam bukit-bukit sekitar Bukit Merah. Bukit ini dikorek menggunakan robot. Kemudiannya mereka tanam lebih 80,000 tong sisa radioaktif.

Ada orang Bukit Merah yang kena leukemia, lahir cacat dan sakit berpanjangan. Kata mereka sebab keracunan plumbum. Dan kata mereka, racun ini dikatakan dari sisa radioaktif dari kilang ini.

Ini sebabnya, bekas perdana menteri, Tun Mahathir pernah kata yang beliau tolak idea membina reaktor nuklear di Malaysia. Sebab kata beliau, kita ada pengalaman buruk dengan benda ini. Kes Bukit Merah inilah maksud beliau.

Tapi itu semua, ramai yang tidak tahu.

Misteri Hutan Cameron Highland, Pahang

mossy1

 Apa rahsia di Cameron Highlands? Ini kisahnya.

Pada tahun 1967, ada seorang lelaki Inggeris bernama Jim Thompson datang bercuti di sebuah banglo atas bukit di Brinchang.

Dia bekas tentera elit British. Dan ada juga yang kata dia agen CIA. Tapi orang Siam gelar dia Raja Sutera Siam. Sebabnya, beliau masuk ke Thailand dan bantu pulihkan industri sutera dan tekstil Thai yang tenat sampai jadi segar bugar.

Pada 26 Mac, beliau keluar dari banglo untuk bersiar-siar. Kata orang, beliau jalan-jalan ikut denai hutan. Cuma peliknya, beliau tidak pulang-pulang.

Bila tetamu yang masyhur seperti Thompson hilang, usaha mencari dibuat besar-besaran.

Beratus-ratus askar, polis, orang asli, tentera gurkha dikerah. Dilaporkan sampai ke askar Amerika dikerah masuk mencari. Helikopter-helikopter Amerika dari Thailand pun siap dibawa untuk terbang masuk ke Cameron Highlands.

Tidak cukup dengan askar, lebih 100 orang pawang dan sami  pun dibawa ke Cameron. Tapi kata orang Kedah, nothing!

Masuk hari ke-empat, hampir semua penduduk Cameron masuk meredah hutan. Sebabnya? Ada ganjaran RM 200,000 bakal diberi kepada sesiapa yang menjumpai Thompson. Nilai ini sama dengan RM 950,000 hari ini.

Tapi apapun tak dijumpa. Walaupun cebisan baju.

Dan sampai sekarang, apa yang jadi pada Thompson kekal misteri. Sama macam MH370 yang hilang sampai hari ini.

p/s Beberapa bulan sebelum kes kehilangan Thompson,  suku orang asli di Cameron Highlands dikatakan ada diserang makhluk aneh yang dipanggil beruk besar.

Makhluk ganas yang jauh lebih besar dari manusia ini juga dikatakan menculik beberapa penduduk orang asli dan tidak dapat ditangkap.

Mungkinkah Thompson jadi mangsa makhluk ini? Ada sesiapa boleh bantu jawab soalan kami?

Atau hangpa ada misteri tempat lain yang nak bagitahu kami?

Kredit: Ray Souza, Nytimes, Tianyake, caitriana

  1. Simpanan Pendidikan Takaful says:

    seram jugak kisah cameron highlands tu ye.. sure ramai yang tak tahu ni…
    yang bukit merah tu.. rupanya ada sisa radioaktif dkt situ… tak pasti samada skrg ni dah kurang @ hilang kesan dari radioaktif yang pernah ditanam dulu…

  2. Iskandar Suhaimi says:

    Hihi .. Itu pun mungkin juga. Kalau x habis la tour jungle trekking x laku.

  3. Lagenda jim thompson x diwar2kan sb x nak orang takut melawat cameronπŸ˜†

  4. Syed says:

    Melaka Dream World Upside Down & 3D adalah tarikan terbaru di Melaka. Terletak di No.16 & 18 Jalan KPKS 1, Kompleks Perniagaan Shah Bandar, Melaka…menawarkan keseronokan berhibur di alam aneh dan serba menakjubkan. Lawati fb: http://www.facebook.com/MelakaDreamWorldUpsideDown3d untuk maklumat lanjut. Dewasa RM25 / Kanak-kanak RM15 sahaja

  5. fizah says:

    kalau tak dapat harta kat melaka..boleh claim ganjaran kat cameron pn jd la…..hihihi..

  6. Melaka ada buka tender utk cari harta2 yg hilang dan memang explorasi dah dibuat, tapi setakat ni tak berjaya

  7. Ya. Kisah ni kisah besar. Tapi memang kurang diwar-warkan sebagai lagenda Cameron

  8. Tak sangka ya, ada rahsia besar di sebalik tempat tempat yang terkenal ni. Memang menarik.
    Jemput singgah my blog πŸ™‚

Comments are closed.

Jomjalan