8 Resort Hutan Yg Best Di Seremban Untuk Lapangkan Kepala, Rehatkan Badan

Ini resort-resort hutan kat Seremban yang best untuk orang KL rehatkan kepala.

Kawasan pesisir hutan tapi best resortnya.

Ada pula private pool untuk rehat macam orang kaya.

Tips: Bawa makanan, minuman dan keperluan cuti secukupnya sebab kedai-kedai dari resort di bawah mungkin jauh.

The Shorea

the shorea seremban

Harga : RM 1500 ++

Booking.comTempah
Agoda.comTempah

The Shorea ini resort kayu yang dikelilingi hutan.

Ia ada 3 suite dengan private pool sendiri untuk yang datang keluarga atau member.

Dan ia juga ada bilik untuk anda berdua.

Bolehlah kalau nak rehat sambut anniversary atau honeymoon kat sini.

Ia dibahagi kepada 2 kawasan. 

Kalau nak penginapan moden dan ada aircond, ambil sebelah Shorea Estate. 

Yang bagus kat sini, anda boleh buat jungle trekking dengan guide orang asli.

Dan air terjun pun dalam 30 minit dari sini.

Sembayu Villa

sembayu villa seremban

Harga : RM 1550 ++

Agoda.comTempah
Klook.comTempah

Ini villa moden kat lereng bukit dengan pemandangan hijau gunung-ganang.

Bila senja, view dari verandahnya memang memukau.

Instagrammable, ia juga datang dengan private pool untuk anda layan.

Dan bagus lagi, anda boleh book bilik untuk berdua – dan tak perlu book seluruh villa.

Cuma harganya tinggi. 

Kalau tak sedia, balik cuti nanti anda mungkin ikat perut makan maggi.

The Dusun

suasana kolam renang infiniti di the dusun seremban

Harga : RM 500 ++

Klook.comTempah

Swimming pool infinity kat The Dusun ini memang ada view yang power.

Dan rumah kampungnya buat anda rasa dalam syurga tropika.

Pilih dari 7 rumah kat sini.

Ada gaya rumah Melayu lama sampai ke jenis moden, bergantung kepada selera.

Setiap satu ada verandah untuk layan suasana.

Cuma sesetengah penginapan, macam Rumah Berembun memang hanya untuk dewasa.

Nota : Ada rumah kat sini yang pet-friendly. Jangan terkejut kalau ada tetamu bawa anjing mereka ke sini.

Awan Mulan

awan mulan di seremban

Harga : RM 700 ++

Airbnb.comTempah

Awan Mulan ada 5 penginapan – dari yang luas untuk keluarga sampai ke penginapan untuk berdua.

Dan setiap satunya ada ruang BBQ, dapur dan dek untuk layan view hutan dan senja bersama.

Apapun, kalau kat sini, jangan lupa layan Skypoolnya. 

Air kat sini pakai air mineral semulajadi. 

Kalau itu belum cukup, masuk hutan dan layan sungai tak jauh darinya.

Nota : Tuan rumah Awan Mulan juga menginap di sini. Dan mereka ada kucing dan anjing tinggal bersama.

De Serenity Pantai Hill

Harga : RM 350 ++

Booking.comTempah

Sesuai dengan namanya, ini memang lokasi untuk tenangkan hati masa cuti.

Ia ada 4 villa dan boleh muat sampai 21 orang tetamu.

Tapi kalau nak book satu villa saja pun boleh.

Setiap villa peribadi ada verandah untuk layan suasana hutan dan senja.

Dan pool tersedia untuk dilayan juga.

Boleh mandi dengan aman sambil layan suasana.

Selepas Hujan

villa selepas hujan seremban

Harga : RM 1450 ++

Airbnb.comTempah

Selepas Hujan ini pula penginapan tepi hutan yang hanya untuk anda satu family.

Tak perlu kongsi-kongsi.

Menghadap hutan dara, ia ada 2 bilik dan private pool untuk layan puas-puas sampai kecut semuanya.

Rumah anda cukup luas.

Boleh muat 10 tetamu.

Dapur pun luas, dan ada ruang untuk BBQ.

Senang cerita, untuk bangun melihat kabus, dan layan suasana senja dengan keluarga, ini antara port kat pinggir hutan Seremban yang power.

Nota : Ada anjing penjaga sekitar rumah.

Kairos Villa

suasana senja di kairos villa pantai seremban

Harga : RM 420 ++

Booking.comTempah
dtgAgoda.comTempah

Nak pemandangan hutan, tapi duduk dalam bilik moden?

Kairos Villa ini mungkin jawapan terbaik untuk anda.

7 Bilik kat sini separa moden, dan ia ada verandah dengan pemandangan senja dan pagi yang cukup power.

Boleh tempah satu bilik atau seluruh villa kalau nak retreat dengan keluarga.

Cuma sayangnya ia tak ada swimming pool untuk berendam bersama. 

Spyder Hill

suasana spyder hill seremban yang di tepi lereng bukit

Harga : RM 490 ++

dtgAgoda.comTempah
Airbnb.comTempah

Ini satu lagi penginapan lereng bukit yang rustik.

Dan ia dalam area yang sama dengan kebanyakan resort pinggir hutan dalam senarai kami ini.

Yang ini khas untuk anda berdua atau bertiga layan suasana cuti dengan view yang spectacular.

Ia tiada pool.

Dan kitchen pun tak boleh diguna untuk masak makanan anda.

Jadi bawa makanan mencukupi – atau sediakan duit untuk order makanan dari Grabfood bila kat sini.

Nota : Owner ada kat sini dan ada kucing, anjing peliharaan bersamanya.

Okay, lengkap sudah senarai resort pinggir hutan yang power-power kat Seremban untuk cuti berdua atau keluarga.

Memang sejuk mata, tenang kepala.

Jarak dari KL pun tak jauh mana.

So, resort hutan mana pilihan dalam hati anda?

Jomjalan