CitizenM

RM250.00

Hotel butik pintar 4 star. Dengan bilik kompak tapi mewah di pesisir Bukit Bintang.

Best Kat Sini
  • Bilik dengan teknologi pintar – kawalan tablet untuk lampu, suhu & tirai
  • Lobi hip dan santai
  • Makanan & minuman percuma 24/7
Ideal Untuk
Solo, Couple, Business Traveler
Lokasinya
Lokasi :

  • 10 minit berkereta ke Pavilion Kuala Lumpur
  • 15 minit berkereta ke KLCC

Alamat: 128, Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

Add to Cart
citizenm bldg
CitizenM
RM250.00

HOTEL MINIMALIS MODEN

Berteknologi Pintar

Ini hotel butik moden di mana anda bakal check in dan check out menggunakan kiosk sahaja.

Dan bilik di sini dibuat kompak, dengan keselesaan menjadi keutamaan.

Anda bakal dapat katil empuk yang bersaiz XL, lampu mood yang anda boleh kawal, smart TV dan kawalan bilik melalui iPad yang mereka sediakan.

Bilik anda serba putih — untuk vibe hotel moden bersih dan minimalis.

citizenm
citizenm

LOBI LUAS

Port Lepak Penuh Kerusi

Hotel ini ada ruang lobi luas yang dihiasi dengan artwork warna warni, ngam kalau anda perlu bekerja atau bersantai dalam suasana yang boleh beri inspirasi.

Bayangkan ruang tamu gergasi yang siap dengan sofa hingga kerusi dan meja kerja untuk anda habiskan masa.

Dan sebab ia dibuat untuk pelancong moden dan business traveller, Wifi pantas yang percuma tersedia.

MAKAN MINUM

24/7

Lapar tengah malam?

Bukan masalah kat sini.

canteenM ada pilihan makanan dan minuman (dari croissant dan salad sampai ke sandwich, jus dan kopi) sepanjang masa.

Anytime lapar, datang saja layan diri anda.

Bayangkan ia seperti kantin makan terbuka percuma untuk semua. Atau err .. macam rumah mak sendiri.

Tapi kalau anda masih inginkan sarapan bufet, ia tersedia sebagai pilihan addon yang berbayar.

citizenm

Harga Bilik

Harga BiasaRM 250 ++
Tempah
Tempah

Tarikan Berdekatan