Mengidam nak rasa makanan Cina halal masa cuti kat KL?
No worries. Ini kami senaraikan 12 restoran Cina yang halal.
Tempat makan di bawah samada datang dengan halal JAKIM ataupun ownernya Melayu /Chinese muslim.
Restoran Cina Yg Halal Di Kuala Lumpur
Mohd Chan

Kalau cerita tentang makanan Kantonis halal, jenama Mohd Chan ini antara restoran Cina yang popular.
Selain dim sum dan dumpling, ia juga ada lauk pauk untuk makan berat – macam udang, ketam dan ikan steam.
Walaupun ia ada di R&R Sg Buloh, kami sarankan pergi ke restoran penuhnya terus.
Phone : 03-78870600
Lokasi : Lihat lokasi cawangan
Status Halal : Halal JAKIM hingga 2023
Lamb Shepherd Chinese Muslim Cuisine

Ini restoran Cina Muslim popular kat Setapak yang buka untuk makan tengahari. Ownernya dari Langzho, tanah besar China.
Kat sini, yang popularnya ialah kambing roasted gaya Cina dan cendawan nya.
Saiz hidangan pun besar. Puas makan dengan keluarga.
Tapi restoran kecil dan selalu penuh bila hujung minggu. Sebelum datang, lebih baik call dulu. Takut mereka tak terima walk-in sebab ramai tetamu.
Phone : 011-11939872
Lokasi : Jln Genting Klang, Setapak
Status Halal : Restoran Cina muslim
Yun nan Kitchen

Kalau anda tak dapat ke Lamb Shepard, boleh cuba ke Yunnan Kitchen. Tempat makan ini tak jauh darinya.
Restoran Cina halal di Wangsa Maju ini lebih terkenal sebab mee nya dari hidangan lain. Dan ia buka dari tengahari sampai malam.
Disebabkan ia kurang dikenali, selalunya anda boleh sedut mee tenang-tenang kat sini.
Phone : 011-2636 9119
Lokasi : Jalan Metro, Wangsa Maju
Status Halal : Restoran Cina muslim
Hezhao

Ini pun restoran Cina halal di KL yang tak jauh dari Yun nan Kitchen dan Lamb Shepherd kat atas. Cuma beberapa kilometer saja dari satu sama lain.
Kat sini, speciality mereka stir fry dan mee. Saiz hidangan besar. Cuma mungkin sedikit berminyak.
Yang bagusnya, ia ada surau dan bilik VIP. Senang nak sambut apa-apa hari penting kat sini dengan member atau famili.
Phone : 03-41311110
Lokasi : Jln Taman Ibu Kota, Danau Kota
Status Halal : Restoran Cina muslim
[static_content id=”25022″]
The Khan Mongolian Restaurant

Ini pula tempat untuk famous untuk layan steamboat dan BBQ gaya Cina. Jadi bolehlah datang dengan keluarga makan celup-celup bersama.
Kat sini makan gaya buffet. Kalau datang, boleh lupakan diet.
Walaupun ada sup tomyam, anda masih boleh order lauk Cina macam kebab kambing dan dendeng lembu gaya Mongolia.
Tempatnya besar. Nak solat ada musolla tersedia.
Phone : 03-41418566
Lokasi : Off Jalan Genting Klang, Setapak
Status Halal : Restoran Cina muslim
The Dim Sum Place

Restoran Dim Sum halal yang satu ini pula dibuka oleh Sheila Rosli, pelakon dan hos rancangan memasak Ketuk Ketuk Ramadan.
Selain makan dim sum, ada siew mai, mee wantan dan makanan berat lain.
Untuk yang minat Sheila Rosli dan nak makan makanan Cina tanpa was-was, bolehlah datang ke sini.
Phone : 03-9226 6484
Lokasi : G Village, Desa Pandan
Status Halal : Ownernya Melayu
Amber

Al Amber ini satu lagi restoran Cina Muslim yang ada kat Bangsar dan 1Utama.
Mereka ada mee tarik, kambing panggang dan itik perap. Kalau nak yang berbeza, order lah bubur gamat mereka.
Servis kat sini ada waktunya agak perlahan. Kalau nak makan cepat, order set lebih selamat.
Phone : 03-2242 1010
Lokasi : Lihat lokasi cawangan
Status Halal : Restoran Cina muslim
Nasi Ayam Chee Meng

Chee Meng ini pula kedai makan Cina halal untuk anda yang bershopping kat Bukit Bintang.
Kat sini nasi ayamnya gaya Hainan. Dan harganya berbeza-beza mengikut bahagian ayam yang anda pilih.
Kalau datang dengan orang yang tak minat nasi ayam, boleh order lauk lain. Lauk macam kari ikan kung poh, kerabu kaki ayam dan udang telur masin, pun ada.
Phone : 03-2110 5663
Lokasi : 50, Jln Bukit Bintang
Status Halal : Halal JAKIM hingga Nov 2022
Chopsticks By Muhammad Oon

Untuk anda yang bershopping kat IKEA Damansara dan Kidzania, ini restoran Cina Muslim yang tak jauh dari sana.
Macam restoran Cina lain, anda boleh jumpa Bak Kwa, Kung Pao dan Mee Hokkien.
Tapi yang bagusnya hidangan Thai macam Tomyam dan Melayu macam nasi goreng belacan pun ada. Senang nak ajak member yang tak minat lauk Cina.
Nak jimat? Datang sini hari biasa. Ambil set makan tengahari.
Phone : 012-2032727
Lokasi : Lorong Rahim Kajai 13, Taman Tun Dr Ismail
Status Halal : Restoran Cina muslim
Homst

Restoran Cina Muslim ini sudah ada lebih 20 tahun. Sekarang kedai makannya ada merata-rata kat KL. Jadi senang nak pilih cawangan yang dekat dengan lokasi anda.
Kat sini, orang order lebih kepada makanan lautnya – dari siakap dan kerapu kepada ketam kulit lembut.
Tapi kalau baru nak mencuba, sup, mee dan nasi goreng untuk dipilih pun sudah rambang mata. Sebab bilangan menunya luar biasa!
Phone : 03 – 6731 4060
Lokasi : Lihat senarai cawangan
Status Halal : Restoran Cina muslim
Jibby Chow

Walaupun nama kedainya macam Cina, Jibby Chow ini restoran di bawah Serai Group. Ia ditubuhkan anak Melayu.
Kat sini, orang bercakap fasal lauk itik, ketam dan rusuk kambing Mongolianya.
Tapi sebab ia di kawasan Bangsar, dan restoran pun selesa, expect harganya sedikit tinggi –sesuailah dengan suasana.
Phone : 03-22018551
Lokasi : Bangsar Village II, Jln Telawi 4, Bangsar
Status Halal : Ownernya Melayu
Mee Tarik Warisan Asli

Kita tutup senarai ini dengan restoran Cina Muslim yang tukang masaknya diimport dari tanah besar China.
Highlight kat restoran ini ialahnya mee buatan tangan mereka. Mereka buat segar depan mata. Dan diminum dengan teh baobao pun ngam juga.
Tapi kalau tak sempat yang kat KL tak mengapa. Cawangannya ada lebih kurang 20 satu Malaysia.
Phone : 03-90554557
Lokasi : Jalan Tasik Utama 3, Sungai Besi
Status Halal : Restoran Cina muslim
Okay, mencabar sebenarnya untuk siapkan senarai restoran Cina yang halal di Kuala Lumpur ini.
Sebab selain banyak yang tutup sebab Covid, banyak juga yang sijil halal JAKIM mereka luput.
Kalau anda nak restoran halal Cina di Selangor – dari Shah Alam ke Puchong, nanti kami sediakan senarainya juga.
Jadi, dah sedia nak jamu selera?
Penting : Seperti anda, kami juga ambil berat tentang makanan kami. Dan kami maklum yang status halal dan owner mungkin bertukar tangan setelah artikel ini kami tulis. Sila hubungi kami jika anda dapati ada perubahan status.