review hotel maya kl

Hotel Maya

Mahu hotel dengan bilik luas yang dekat dengan KLCC? Ini antara hotel butik pilihan kami.

Hotel Maya ini letaknya dalam jarak jalan kaki dari Menara Berkembar Petronas, dan terkenal sebagai hotel mewah yang ada khidmat butler dan chef peribadi kepada mereka yang berpoket tebal.

Ada 207 bilik di sini. Ia termasuk 107 suite dengan lantai kayu, perabot kontemporari dan tingkap besar dari lantai-ke-siling yang menghadap pemandangan bandar Kuala Lumpur.

Semua bilik telah direka khas untuk membolehkan cahaya semulajadi menerangi kesemua bahagian bilik.

bilik hotel maya pool hotel maya dining area maya hotel ramah tamah

Anugerah Dimenangi

  • Expatriate Lifestyle – Hadiah Pelancongan Terbaik di Malaysia (2007) Anugerah Kecemerlangan untuk Hotel Butik Terbaik
  • Anugerah 5 Bintang (2007) dari World Hotels
  • Malaysian Architect Association (2006) Pemenang untuk Reka Dalaman Terbaik

Ulasan Hotel Maya

Yang Baik

  • Penapis udara di semua bilik.
  • Bilik luas, kemudahan bilik moden dan reka bentuk.
  • Pilihan sarapan yang beraneka.
  • WIFI percuma
  • Khidmat ulang-alik percuma ke kawasan pelancongan yang berdekatan.

Yang Buruk

  • Sekolah yang berdekatan mungkin bising pada waktu siang dan kelab berdekatan mungkin bising pada waktu malam.

Tips

  • Hotel ini adalah di sebelah perkuburan. Mintalah bilik yang menghadap Menara KLCC jika pandangan perkuburan mengganggu anda.
  • Minta tingkat yang tinggi untuk mengelakkan bunyi bising dari kelab berdekatan.

 Dalam bilik

  • Akses Internet dan WiFi
  • Pemain DVD
  • Kunci elektronik dan sistem keselamatan
  • Pembuat kopi
  • Sistem telefon canggih
  • Peti deposit keselamatan
  • Penapis udara menggunakan Plasma Ion Teknologi

 Dalam Hotel

  • Gim dengan kelas yoga dan pilates.
  • Kolam hydrotherapy dengan jet air suam.
  • Perkhidmatan concierge 24 jam
  • Sky lounge
  • Maya Brasserie
  • Ramah Tamah deli
  • Studio Aerobik
  • Anggun Spa (urut Melayu dan Thai)
  • Butler (atas permintaan)
  • Chef Peribadi (atas permintaan)

Pengangkutan Awam Berhampiran Hotel Maya KL

  • KLCC RapidKL LRT Station (650m) 9 minit berjalan kaki

Tarikan Sekitar Hotel Traders

Harga Bilik

Dari RM 350

Booking.comLihat Harga di Booking
Agoda.comLihat Harga di Agoda    

JomJalan Seluruh KL

Senarai tarikan best di Kuala Lumpur
Hotel terbaik pilihan kami
Promo hotel, tarikan KL
Layan kedai makan sedap kat KL
Jomjalan