flying fox di redtma park ayer keroh melaka

Redtma Adventure Park

[LOKASI BERTUKAR]Jom santai kat dengan anak-anak dengan aktiviti rekreasi yang cukup murah.

Penting: Lokasi tarikan ini telah berubah. Ia bukan lagi di Ayer Keroh tapi sekarang di Pantai Siring dan Pulau Besar. Aktiviti yang ada mungkin berbeza dari tulisan kami di bawah selepas ia kembali beroperasi setelah PKP.

Kalau pergi Melaka, jarang sangat kita dengar orang singgah kat Tasik Ayer Keroh ini.

Tapi, jangan tak tahu, selain ada Flyboard paling murah kat Malaysia, tasik ini juga ada aktiviti bersantai dengan harga tak masuk akal.

Apa Ada di Redtma Adventure Urban Park Ini?

kayak redtma adventure urban park melaka

Kat area tasik ini, Redtma Adventure Park ada tempat beraktiviti yang simple-simple dan berbaloi.

Nak berkayak? Ha! Ini peluang berkayak puas-puas sebab harga kayak tak sampai lah RM 10. Dan boleh ronda satu tasik sampai hitam.

Nak merasa flying fox? Pun boleh. Kalau tempat lain dalam RM 40 – 50 sekali cuba, kat sini tak sampai RM 10 bang oi!

layan flying fox di redtma adventure urban park melakaNak cuba memanah pula? Siapa kata tak boleh? Dan sama, pun tak sampai RM 10.

Walaupun tempat memanahnya simple-simple sahaja, paling kurang boleh cuba. Terutama pada yang tak berapa nak ber-adventure. Sesuai sangat untuk mereka.

Kalau tak mahu nak berkayak atau naik e-boat (alah bang, tak perlu kayuh pun), tak mengapa. Apa kata datang lepak tepi tasik, makan aiskrim.

Pendek kata, ini tempat untuk ambil angin, main aktiviti dan pada masa sama, jimat duit, daripada masuk ke tempat-tempat yang tiket mahal tapi tak ada apa-apa.

Main Flyboard

flyboard melakaKat Tasek Ayer Keroh ini juga ada tempat main flyboard — dan ini satu-satunya tempat ber-flyboard kat Melaka.

Kalau nak merasa terbang kejap, boleh book flyboard sebelum datang.

Family Day dan Teambuilding

Disebabkan harga tak masuk akal murah, dan banyak aktiviti yang boleh dibuat, Redtma ini selalunya dikunjungi student-student kolej ataupun orang yang datang berkumpulan.

Kalau anda nak buat teambuilding kat sini, boleh direct tanya staff Redtma kat 06-232 7685/7608.

Tarikan Berdekatan

Disebabkan ia dalam kawasan Ayer Keroh, anda juga boleh singgah ke Zoo Melaka, Taman Rama-Rama dan  Taman Buaya.

Kalau nak main air, boleh ke Melaka Wonderland . Dalam 5 – 6 km dari sini juga ada Bayou Lagoon dan Gold Coast Melaka.

Hotel Terbaik Berdekatan Tasik

Kategori HotelBandingkan Harga
Ames MelakaBookingAgoda
Amverton Heritage ResortBooking Agoda
MetrasquareBookingAgoda

Waktu Operasi

Isnin – Ahad : 9 pg – 7 mlm
eboat di tasik air keroh melaka dengan redtma adventure urban park

JomJalan Seluruh Melaka

Senarai tempat tarikan best di Melaka
Hotel terbaik Melaka pilihan kami
Layan kedai makan sedap Melaka
Promo hotel, tarikan Melaka

Jomjalan