7 Tempat Makan Scone Terbaik kat Cameron Highlands Yg Teringat-Ingat Lepas Cuba

Nak layan scones panas dengan teh paling best kat Cameron Highlands?

Kami ada senarai tempat makan scones terbaik kat sana.

Jom pilih sama-sama.

KHM Strawberries & Jam

scones dan kek di KHM Strawberry Cameron Highlands
Kredit : foodgaenic

Ini antara tempat makan scones best kat Cameron HIghlands yang balik pun teringat-ingat.

Sconesnya lembut dan homemade jem nya pun sedap.

Kata orang, scones kat KHM lah antara yang paling best kat Cameron ini.

Boleh ambil dengan set teh seteko untuk feel makan petang kat countryside petang atau pagi.

Cuma masalahnya, orang terlalu ramai bila waktu cuti.

Tips : Ia juga antara lokasi terbaik kat Cameron untuk sarapan nanti. 

Lokasi : No 9, Kampung Taman Sedia, 39000, Cameron Highlands

Opah Strawberry

opah strawberry di taman sedia
Kredit : lennylainiza

Scones kat Opah Strawberry kena makan panas-panas kat cafe untuk lebih nikmat.

Dan ada banyak flavour untuk anda cuba.

Boleh pilih dari scones original kepada cheese, red velvet, oreo sampailah yang perisa kopi.

Dari teksturnya, ia lebih kepada scones untuk tekak orang Malaysia. 

Jadi memang ramailah orang Melayu suka dan kata scones kat sini sebagai antara yang paling power.

Tapi kalau anda nak nostalgia macam makan scones kat oversea, rasa dan tekstur scones kat sini memang agak lain dari sana.

Apapun, kat sini, memang selalu sesak kedainya.

Tips : Opah Strawberry berada dalam lorong yang sama dengan Aidilbadri Strawberry dan Abang Strawberry. Disebabkan ia jalan mati, dan semua 3 tempat ini adalah tumpuan ramai kat Taman Sedia ini, susah untuk park, dan keluar masuk kat sini kalau cuti.

Lokasi : Kampung Taman Sedia, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang

Ayahman Strawberry

ayahman scones yang siap di pek untuk tapau bawa balik
Kredit : ayahmanstrawberich

Kalau 2 tempat makan scones sedap kat atas sesak, don’t worry.

Boleh cuba gerak ke Ayahman pula sebab scones kat sini pun popular sebab lembut dan gebu teksturnya.

Dan ada pastri lain macam donut dan kek untuk layan pastri manis-manis.

Suasana selesa. Dan luas tempatnya.

Kalau nak petik strawberry pun kebunnya rata.

Bagi anda yang nak tapau bawa balik pun scones pun, set scones Ayahman antara scones kat Cameron yang popular.

Lokasi : No. 44 Kampung Taman Sedia, Tanah Rata, 39000, Pahang

Kak Engku / Royal Strawberry

Scones kak Engku di Royal Berries
Kredit : Royal Berry Cameron

Tempat makan scones Kak Engku ini kat Brinchang.

Royal scones kat sini lebih besar, dan lebih murah dari kebanyakan set scones yang anda jumpa kat Cameron.

Rasa scones pun ramai kata antara top 3 scones sedap kat Cameron.

Bila kat sini boleh juga petik strawberry dan layan bunga ros selepas perut tenang adanya.

Parking mudah. Cafe pun tepi jalan besar. 

Tak sesak macam kat Taman Sedia selalunya.

Lokasi : Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang

Smokehouse Restaurant

makan scones petang di smokehouse cameron highlands
Kredit : travelwithcoffee

Kalau nak layan scones dalam suasana macam kat cottage Inggeris, datang sini.

Sconesnya pun gaya British.

Teksturnya lebih keras dari scone ala Malaysia yang biasa anda jumpa.

Dengan view lawa, tambah pula hujan kat luar, memang teringat memori makan Devonshire scones kat sini sampai bila-bila.

Dan berbeza dengan scones cafe Melayu yang ada waktu pagi, scones kat sini selalunya dihidang untuk makan petang / tea.

Cuma harga sconesnya memang tinggi. 

Status halal kami tak pasti.

Tips : Smokehouse ini adalah antara hotel paling romantik kat sini.

Lokasi : By the Golf Course, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang

Bharat Tea

scones cameron valley yang latarbelakangnya ladang teh
Kredit : mohdshazrollbin

Untuk layan scones dan layan view ladang teh, boleh ke cafe-cafe Bharat Tea.

Bharat Tea ini ada 3 cafe kat tepi jalan besar Cameron.

Dan cafe jenama mereka ini dipanggil Cameron Valley.

Cafe-cafe tepi jalan ini pun ada scones untuk dilayan dengan teh masala nya.

Cuma dari segi rasanya, ada yang kata sedap dan ada yang kata tahap biasa-biasa.

Bharat Tea 1 (atau Cameron Valley 1) ada waterfall dan taman mini kat bawahnya untuk anda jalan-jalan lepas makan scones nanti.

Parking selalunya mudah kat sini.

Lokasi : Cameron Valley 1 / Cameron Valley 2 / Cameron Valley 3

Scone Yatiey Cameron Highlands

yatiey british scones dari cameron highlands
Kredit : British Scones Cameron

Ini pula scones dari Cameron Highlands yang dah siap pack – boleh beli bawa balik atau order minta mereka pos ke rumah.

Scones mereka dibakar tiap-tiap hari dan ada dijual kat gerai-gerai sekitar Cameron.

Tak ada pengawet dan tahan sekitar 15 hari.

Kalau nak scones yang biasa jumpa ambil Original Classic British Scones.

Nak yang berbeza, pilih scones Signature of Cameron yang anda makan dengan grazel sous – tak perlu jem.

Untuk bawa balik, ini antara scones Cameron Highlands yang paling ramai puji.

Lokasi : Sekitar Cameron Highlands

Untuk Order : Layari FB British Scones Cameron Highlands

Okay, setakat ini sahaja senarai tempat makan scones sedap kat Cameron Highlands ini.

Kebanyakannya kat Taman Sedia, tapi masih ada beberapa tempat layan scones power di cafe kecil merata-rata.

Ada gaya Malaysia, dan ada original macam kat England sana.

Yang penting, bila kat Cameron wajib layan scones untuk feel cuti yang ingat sampai bila-bila.

So, dah buat keputusan nak nak enjoy scone yang mana?

JomJalan Seluruh Cameron

Senarai tarikan best di Cameron
Promo hotel, tarikan Malaysia
Layan kedai makan sedap kat Cameron Highlands
Jomjalan