tepi tasik dayang bunting langkawi

Kredit : okie.my

Tasik Dayang Bunting

Tempat menarik Langkawi ini sebenarnya tasik air tawar yang besarnya 3 padang bola.

Tasik ini penuh mitos. Dan mendapat namanya kerana ia berada di dalam jejeran bukit yang kelihatan seperti seorang wanita ‘bunting’ sedang berbaring.

Tasik ini juga kononnya pernah menjadi kegemaran puteri kayangan bernama Mayang Sari.

tasik dayang buntingAda yang ke sini untuk mandi manda.

Tak kurang juga yang datang ke tasik ini untuk meminum airnya.

Menurut khabarnya, air tasik ini mujarab untuk mereka yang sukar hamil mendapat anak.

Cara Ke Tasik Dayang Bunting

pakej tiket island hopping langkawi

Kredit : oderwij.sie

Tasik ini 20 km dari bandar Kuah. Jadi anda perlu naik bot dengan pakej Island Hopping yang bermula dari RM 50 ke atas.

Pakej Island Hopping bukan saja membawa anda ke sini, tapi juga beberapa pulau lain.

Aktiviti di Tasik

Di tasik ini, anda boleh duduk bersantai di platform terapung. Boleh juga merendam kaki untuk digigit ikan-ikan yang ada di sini.

Kalau anda boleh berenang, boleh mandi-manda. Tapi gunakan jaket keselamatan.

Nak romantik berdua? Naik bot kayu bersolar atau sewa kayak untuk melihat kawasan sekitar tasik.

Maklumat Penting

  • Tasik ini dalamnya kira-kira setinggi bangunan 3 tingkat. Awasi anak anda. Dan jangan terjun jika anda tidak tahu berenang.
  • Jika anda pandai berenang pun, sewa jaket keselamatan yang di sediakan di platform tasik sebelum mandi.

Harga Tiket

Berikut tiket masuk ke sini. Tapi untuk sampai ke sini, anda perlu menaiki bot melalui trip/ pakej Island Hopping.

Harga Tiket Walk-InDewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Warganegara31
Pelancong Asing63
Beli Pakej Island Hopping ke Sini
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 26 July 2022

JomJalan Seluruh Langkawi

Senarai tempat tarikan best di Langkawi
Layan kedai makan sedap Langkawi
Promo hotel, tarikan Langkawi
Jomjalan