kota afamosa melaka

Gambar: ChanC

Kota A Famosa

Kalau ke Melaka, tapi tidak ke A Famosa, bukan lah bercuti ke Melaka namanya kan?

Ini sebenarnya kubu tentera Portugis.

Dan sebenarnya dibina dengan menggunakan kira-kira 400 orang hamba kepunyaan raja Melaka.

Kubu ini dibuat sebaik sahaja Portugis berjaya menewaskan raja Melaka dan mereka yang ditawan dipaksa menyiapkan kubu ini.

pintu gerbang a famosa melaka

Dan zalimnya lagi Portugis ini, apabila banyak bahan binaan kubu ini diambil dari batu-batu masjid dan batu kubur yang dibongkar.

Sejarah Kota A Famosa

Sewaktu zaman samseng Portugis kegemilangannya, kota empat segi ini ada 8 menara kawalan. Tinggi menara ini sama dengan bangunanan 4 tingkat.

3 Tarikan Paling Top Kat Melaka

Ada 70 meriam yang dihala ke seluruh arah dan dikawal oleh 80 pengawal sepoi yang lengkap bersenjata.

a famosa dan meriam lamaKota tebal ini juga ada kediaman kapten Portugis, stok menyimpan senjata dan makanan selain dari menjadi tempat kediaman pengawal dan kuda perang.

Kota ini bukan main kuat. Walaupun Belanda, Johor dan Acheh terus menerus cuba mengambil Melaka dari Portugis, tapi kesemuanya gagal. Dengan kota ini Portugis berjaya bertahan di Melaka selama lebih 100 tahun.

Kota ini hanya jatuh setelah Belanda dan Johor bersatu, dan mengepungnya dari laut dan darat selama 7 bulan.

Kejatuhan A Famosa

Semasa kepungan dibuat selama lebih setengah tahun, dikatakan lebih 7,000 orang di dalam kota ini mati sebab cedera dan kebuluran.

Diceritakan sebab lapar yang amat sangat, sesetengah mereka makan apa sahaja — dari kucing dan anjing kepada bayi kecil.

Hidup ini macam roda, kan. Sengsara kalah perang akhirnya berputar kepada mereka.

Dan kota ini akhirnya jatuh kepada gabungan Belanda-Johor pada awal tahun 1961.

Pada tahun 1795, tanah jajahan Belanda kat Asia telah diserahkan kepada pentadbiran Inggeris untuk sementara.

Disebabkan Inggeris takut kubu ini akan dijadikan kubu kuat oleh Belanda apabila ia diserah semula, Inggeris memusnahkan sebahagian besar kota ini pada tahun 1806.

Kota A Famosa Sekarang

Apa yang tinggal sekarang ialah pintu kota ini di kaki bukit St. Paul.

Walaupun ia sebenarnya Porta de Santiago, orang ramai kerap memanggil pintu ini sebagai A Famosa.

kawasan dalam gereja st paul melaka

Kredit : Dennis Hurd

Kalau hangpa rajin mendaki bukit sampai ke puncak, hangpa akan sampai ke Gereja St. Paul. Dulunya gereja Portugis. Tapi kemudiannya ditukar menjadi gereja Belanda.

Kawasan ini juga dijadikan kubur orang besar Belanda dan Portugis. Sekarang, penutup-penutup kubur ini telah dialih dari lantai ke dinding kota.

Patung besar berwarna putih yang ada di atas bukit itu patung St. Francis Xavier — mubaligh Kristian yang bertanggungjawab menyebarkan Kristian ke Asia Tenggara.

Bangsa Serani Yang Terhasil

perkampungan portugis melaka

Kredit: Mattnauski

Tentera Portugis yang menjajah juga berkahwin dengan orang tempatan. Hasilnya adalah bangsa unik yang dinamakan Serani. Mereka ini tak ramai, dan tinggal di Perkampungan Portugis Melaka.

Hotel Terbaik Berdekatan A Famosa

Kategori HotelBandingkan Harga
Casa Del RioBooking Agoda
Hotel HattenBookingAgoda
Doubletree HiltonBooking Agoda
The StraitsBooking Agoda
Hotel EstadiaBookingAgoda
Hotel MotyBookingAgoda
Hotel ArissaBookingAgoda

Tarikan Berdekatan

Selain shopping mall Melaka Parade yang boleh jadi tempat lari dari panas Melaka, anda juga boleh ke Muzium Kesultanan Melayu Melaka.

Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan yang cukup cantik (dalam rumah agam Belanda) pun ada di kaki bukit. Tapi sayangnya jarang dipromosi.

Selain itu, ada beberapa muzium kecil yang boleh anda lawati di sekitar kawasan ini.

Harga Tiket

Masuk Percuma

JomJalan Seluruh Melaka

Senarai tempat tarikan best di Melaka
Hotel terbaik Melaka pilihan kami
Layan kedai makan sedap Melaka
Promo hotel, tarikan Melaka
Jomjalan