tarikan di bandar hilir melaka - jonker walk pasar malam

Kredit : arul_iam

Jonker Walk

Cari barang antik? Atau cari tempat klasik nak berselfie? Ini tarikan Melaka khas buat anda.

Jangan pening fikir nak bawa balik apa kat Mak Ngah. Terjah sahaja Jonker Walk.

Ada keychain, magnet peti sejuk, t-shirt, gelang, poskad sampailah ke terompah kat sini.

Yang penting, duit cukup. Dan satu lagi, tapak kasut pun, boleh tahan tak menapak ribu-ribu tapak?

Sekitar Jonker Walk

pasar malam jonker walk

Kredit : kazimhalaclar

Dekat dengan tempat ini ada jalan yang orang panggil Jalan Tukang Emas atau Jalan Harmoni.

Kat sini, ada kuil Hindu, tokong Cina dengan masjid dalam satu jalan.

tempat menarik melaka jonker walk jalan tukang emas

Kredit : shanna_sharif

Letih berjalan? Singgahlah solat dulu kat Masjid Kampung Hulu.

Masjid tahun 1720an ini memang istimewa.

Sebabnya senibina masjid ini ada gaya Cina, Melayu dan Hindu.

Nak tengok mimbar masjid bentuk tokong pagoda? Datang sini.

Nak selfie? Banyak sangat tempat boleh bergaya.

Cuma, masuklah dalam kedai atau cafe. Tempat ini sempit, nanti takut kena langgar dengan beca.

Kalau datang pagi, bolehlah singgah kat dua tiga cafe hipster.

Yang kat sini memang cafe Cina.

Antara yang famous, Daily Fix Cafe ini.

Dia tak ada serve babi, tapi untuk kami cukup saja dengan kopi. Pastri semua kami tak berani.

daily fix cafe

Dah ke sini, boleh singgah Mamee Jonker House, enjoy pemandangan sungai kat River Walk, atau masuk Muzium Baba Nyonya.

Tips Ke Jonker Walk

daily fix jonker walk

Kredit : beechoclover

1. Pasar malam Jonker Walk ada setiap malam pada hari Jumaat dan Sabtu. Kenderaan tak boleh masuk bermula pada 6 petang.

2. Letak kereta anda kat kawasan luar Jonker Walk. Laluan kawasan ini sempit. Tempat letak kereta pun susah jumpa.

3. Dalam kawasan ini juga ada makam Hang Kasturi. Kawasan kuburnya kecil saja. Boleh singgah untuk tengok warisan hikayat atau sejarah lama Melaka yang masih ada dalam kawasan kedai Cina.

3. Kebanyakan kafe dan warung di sini kepunyaan orang Cina. Walaupun ianya dianggap syurga makanan oleh orang Singapura, hampir semuanya tidak halal.

Hotel Sekitar Jonker Walk

Kat sini ada banyak hotel yang rapat antara satu sama lain. Ada jenis hotel bajet yang baik dan selesa.

Dan ada juga hotel di Jonker Walk yang kualitinya mengejutkan anda.

Apapun, ia dalam kawasan Cina. Jadi kecuali beberapa port makan hipset, nak makan halal memang kena keluar sikit dari area nya.

rucksack caratel melaka

Hotel Terbaik Berdekatan Jonker Street/ Walk

Kategori HotelBandingkan Harga
Casa Del RioBooking Agoda
Hotel TimezBookingAgoda
1825 Gallery HotelBookingAgoda
River Cruise HotelBookingAgoda
Hotel PuriBookingAgoda
The BlancBookingAgoda
Hotel ArissaBookingAgoda
Muk MelakaBookingAgoda
The Rucksack CaratelBookingAgoda
Swiss Hotel HeritageBookingAgoda
Fomecs Boutique HotelBooking Agoda
Book Hotel Tepi Sungai Melaka

JomJalan Seluruh Melaka

Senarai tempat tarikan best di Melaka
Hotel terbaik Melaka pilihan kami
Layan kedai makan sedap Melaka
Promo hotel, tarikan Melaka
Jomjalan