muzium samudera melaka

Kredit : theayisharris

Muzium Samudera

Nak merasa masuk kapal lama? Jom masuk replika kapal yang pernah karam dalam laut selat Melaka ini.

Muzium ini dibina supaya nampak macam replika kapal Portugis bernama Flor de La Mar. Kapal perang ini Portugis gunakan masa depa serang Melaka pada 1511.

Bila balik, kapal depa karam kat selat Melaka.

Di dalamnya muzium ini ada duit dulu-dulu. Ada meriam, peti besi, lukisan, replika kapal sampailah peta-peta yang menceritakan sejarah maritim di Melaka.

Anda juga akan dapat tahu sikit tentang sejarah Panglima Awang ( yang dikatakan telah diKristiankan dan menukar nama kepada Enrique) — iaitu orang Melayu pertama yang keliling dunia.

3 Tarikan Paling Top Kat Melaka

Harga Tiket

Harga Tiket Walk-InDewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Warganegara105
Pelancong Asing2010
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 6 Jan 2024

Sejarah Kapal Flo De La Mar

Kapal Flo De La Mar adalah sebuah kapal perang Portugis. Depa buat kapal ini kat Lisbon pada 1502.

Kapal ini banyak ikut ekspedisi menjajah, termasuklah digunakan sewaktu pengembaraan ke India bersama 22 kapal lain. Bukan saja depa guna sebagai kapal perang, tapi juga sebagai pengangkut hasil rampasan.

Di bawah kemudi general bernama Afonso de Albuquerque, kapal ini bertanggungjawab menakluk Goa di India serta menakluk kerajaan Melayu Melaka.

muzium samudera

Kredit : edlyfc

Walaupun kapal ini merupakan antara kapal kebanggaan Portugis, ia mengalami banyak masalah sejak pelayaran sulungnya.

Dan dalam perjalanan pulang ke Lisbon ia karam dipukul ribut.

Harta Karun Flo De La Mar

Kapal Flo De La Mar dikatakan karam di antara Melaka dan Sumatera semasa sarat membawa pulang harta rampasan.

Dalam perut kapal ini ada wang emas, perak dan timah serta kumpulan patung singa emas milik Sultan Melaka yang dihiasi batu berharga dan cincin delima milik Sultan Siam.

Seorang pemburu harta karun professional, Bob Marx pernah cuba mencari sisa kapal ini dengan perbelanjaan sebanyak $20 juta tetapi tidak berjaya.

Sisa kapal ini pun sebenarnya menjadi rebutan 3 negara — Portugal, Indonesia dan Malaysia. Mahkamah Antarabangsa pun masih belum memutuskan ianya milik siapa.

Majalah Skin Diver Magazine pernah meletakkan anggaran harta di dalamnya bernilai sampai 80 billion dollar. Kalau tepat, maksudnya ini salah satu kapal karam paling berharga dalam dunia. Wohaaa!!

Sampai sekarang kapal dan muatan berharganya masih belum dijumpai. Hanya replikanya ini saja yang boleh anda masuk.

Hotel Pilihan Berdekatan Muzium Samudera

Kategori HotelBandingkan Harga
Casa Del RioBooking Agoda
Hotel HattenBookingAgoda
Doubletree HiltonBooking Agoda
The StraitsBooking Agoda
Hotel EstadiaBookingAgoda
Hotel MotyBookingAgoda
Hotel ArissaBookingAgoda
Kredit

Kredit

JomJalan Seluruh Melaka

Senarai tempat tarikan best di Melaka
Hotel terbaik Melaka pilihan kami
Layan kedai makan sedap Melaka
Promo hotel, tarikan Melaka
Jomjalan