Abraj Kudai — Hotel Terbesar Dunia Bakal Siap di Mekah

Ini gambaran hotel Abraj Kudai. Bila siap, ia bakal ada 10,000 bilik. Dan hotel 45 tingkat ini dibuat betul-betul sebelah Masjidil Haram, Mekah.

Kalau mengikut perancangan, ia bakal ada stesen bas, shopping mall, restoran dan juga hotel mewah.

Dengan jumlah bilik sebegini banyak, ia bakal mengatasi First World Hotel Genting ( 7,351 bilik) dan MGM Grand di Las Vegas ( 5,044 bilik).

12 tingkat di hotel Abraj Kudai ini akan berfungsi sebagai hotel 4 dan 5 bintang, dan 5 tingkat bakal dikhaskan untuk keluarga diraja Arab Saudi.

Kredit :NYTimes

Untuk membawa golongan ultra kaya keluar masuk ke sini, hotel ini bakal dilengkapi dengan 4 helipad di atas menara.

Dengan kemewahan yang melimpah di sini, ia digelar oleh sesetengah pengkritik sebagai Las Vegas Mekah.

Tapi projek mega sebegini bukan benda baru di Mekah.

Tips : Nak jimat duit masa travel oversea? Ini money exchange paling murah, paling mudah utk anda travel nanti.

Sebenarnya mulai pertengahan 2000, Arab Saudi telah mula melakukan pembinaan berskala besar yang menukar wajah kawasan suci umat Islam ini.

Yang membimbangkan, projek gergasi Saudi dikatakan telah melenyapkan tinggalan sejarah Mekah.

Ada yang mengganggarkan lebih 90% sejarah Islam di sini telah dihilangkan.

hotel abraj kudai sebelah masjidil haram
Kredit : Cadence Construction

Bukan sahaja rumah, jambatan dan kubu zaman Ottoman diroboh dan diganti hotel, tempat bersejarah lain juga tidak lagi ditempatnya.

Rumah isteri Nabi, Khadijah dan rumah khalifah Islam pertama, Saiyidina Abu Bakar contohnya, kini hanya tinggal nama.

Menurut kerajaan Saudi, hotel mewah sebegini dan pembesaran Masjidil Haram adalah keperluan. Jelas mereka, jemaah haji dijangka bertambah dari 3 juta ke 7 juta pada tahun 2040 nanti.

Diumumkan semasa 2015, hotel mewah ini sebenarnya dijangka siap pada 2017.

Tapi projek ini masih dalam pembinaan sehingga ke hari ini. Ia dijangka siap pada 2022 nanti.

Jadi, apa pandangan anda dengan hotel terbesar dunia ini?

Excited atau sakit hati?

Jomjalan