Cik Adik! 14 Bilik Barbie di Hotel Grand Hyatt KL ini Mmg Epik, Mmg Cantik

Minat Barbie? Jom tidur kat bilik Barbie yang eksklusif kat hotel Grand Hyatt KL ini.

Jumlah biliknya terhad kepada 14 saja. Jadi kena tempah cepat supaya tak gigit jari.

Ada Di Hotel Grand Hyatt

Grand Hyatt KL ini pun sebelum adanya bilik Barbie, antara hotel paling bagus kat KL ini.

Hotel serba mewah ini terkenal sebab bukan saja biliknya selesa, tapi sarapan dan teanya dikatakan sedap belaka.

Dan ditambah juga dengan bath tubnya yang ada pemandangan power bandaraya.

Tapi dengan adanya bilik hotel tema Barbie ini makin tambah hit lagilah hotel ini.

Harga Bilik Barbie

Bilik Barbie yang kecil bermula dari RM 2,300. Suite yang lebih besar dalam RM 4,400.

Bilik hotel anda ada pemandangan KLCC. Dan ada bath tub sekali.

Untuk tambah happy, pakej ini datang dengan sarapan dan makan petang di Barbie Cafe.

Menu makan petangnya pun mewah.

Dari menu yang kami check, siap ada caviar, truffle dan lobster. 

Memang gaya standard makan puteri-puteri raja.

Boleh Juga Layan Tea Sahaja

Oh! Kalau anda cuma nak makan petang (tea) saja pun boleh. 

Ada 2 slot dan harga untuk seorang bermula dari RM 228.

Tips : Kalau bajet belum cukup, ini hotel-hotel viral dan unik kat KL lain yang anda boleh cuba.

Harga bilik Barbie ini mungkin buat hati terhenti.

Tapi kami tau, sesetengah anda akan sanggup makan megi hari-hari. Yang penting dapat ke sini. 

Ya lah kak. Unitnya terhad.

Seumur hidup pun nak juga merasa diulit mewah dan dilayan luar biasa.

Kata Barbie, “… there’s a princess in every girl”.

So, kalau masa kecil dulu cuma mampu berangan, sekarang kalau dah berduit bolehlah penuhkan impian.

Dari sini nak ke KLCC pun dekat. Senanglah nanti shopping macam diva.

So, camna? Bila nak layan bilik hotel Barbie KL ini dengan BFF anda?

Nak Tempah? Ini laman rasmi Barbie Staycation

JomJalan Seluruh KL

Senarai tarikan best di Kuala Lumpur
Hotel terbaik pilihan kami
Promo hotel, tarikan KL
Layan kedai makan sedap kat KL
Jomjalan