Design Village

Tarikan Percuma

(4 review)

Cari barang branded murah masa cuti kat Penang? Ini antara tempat shopping di Penang yang best untuk itu.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
3 – 4 jam
Harga Tiket
Percuma
Lokasi
733, Jalan Cassia Barat 2, 14110 Bandar Cassia, Penang, Malaysia

BARANG BRANDED

Harga Diskaun

Bukan Johor je ada Premium Outlet.

Penang pun tidak mahu kalah dengan Design Village Outlet Mall β€” yang katanya paling besar di Malaysia.

Kalau mall lain selalunya bertingkat, mall Design Village ini satu tingkat sahaja.

design village

design village

TANPA TINGKAT

Kedai Dalam Taman

Walaupun setingkat, berjalan dari satu kedai ke kedai lain di sini bakal buat anda lemah lutut.

Memang besar, memang seronok.

Tapi kalau anda mahu rambang mata dan masuk ke semua kedai, baik siapkan minyak angin dan duit berkoyan-koyan dulu.

Dan kalau datang setakat nak cuci mata, boleh saja. Cuma tahan diri takut-takut tercuci poket sekali.

Apa Bestnya?

design village

Tempat ini special. Sebabnya kedai semuanya dibuat ala open air. Dan di tepi taman hijau untuk anda ambil angin.

Tapi yang lagi special ialah harganya menarik-menarik belaka. Outlet yang ada di sini banyak.

Dari Levis dan Hush Puppies sampailah ke butik mewah seperti Coach. Hampir semua ada potongan harga yang jarang anda jumpa di mall biasa.

Pendek kata, kalau anda ke Penang dan nak ber shopping, tuju ke sini dahulu.

Taman Permainan
design village

Kalau anda datang dengan si kecil yang bosan menunggu anda membelek beg, jangan khuatir.

Bawa dia enjoy buai dan jongkang jongkit sementara anda duduk mengurut betis.

Bonus bila dah datang kat sini ialah sebab peluang shopping belum habis.

Dekat IKEA

Kalau kaki belum tercabut dan duit masih panjang angka dalam bank, boleh singgah ke Ikea Batu Kawan yang baru saja dibuka pada 2019.

Tempatnya hampir sebelah-menyebelah saja.

Cuma anda mungkin perlu keluar dari sini dan park semula di Ikea. Kalau tak pun, boleh naik shuttle bas Ikea dari sini.

Cara Ke Sini

Dengan Kenderaan
Yang seronoknya, tak perlu masuk ke pulau pun dan tak perlu bersesak jem di Georgetown sebab Design Village ini di kawasan tanah besar Semenanjung.

Kalau memandu, cari jalan ke jambatan kedua Penang. Kemudian, ikut signboard ke Bandar Cassia.

Naik Bas
Kalau anda menginap di dalam pulau, ada bas shuttle ke sini. Tunggu di CIMB Prangin Mall (KOMTAR).

Waktu bas bertolak ialah : 10.30am , 1.30pm , 4.00ptg , 6.30ptg.

Waktu Operasi

Isnin – Khamis: 11.30 pg – 9.30 mlm
Jumaat – Ahad & Cuti Umum: 11 pg – 10 mlm

4 review utk Design Village

5.0
Berdasarkan 4 review
5 bintang
100
100%
4 bintang
0%
3 bintang
0%
2 bintang
0%
1 bintang
0%
1-4 dari 4 review
  1. Sebabkan kampung sis dekat penang..design village banyak kedai-kedai yang best..banyak choice, ada offer..my husband beli kasut dekat sini kedai Anta ke nama dia..staff bagus layan..so sapa2 nak window shopping boleh mai..surau ada toilet ada, playground untuk kids pun ada..tempat luas sangat2 so jangan sesat sudahπŸ˜†

    (0) (0)
  2. Tempat menarik utk dikunjungi seisi keluarga. Lagi-lagi kalau ada sale barang mahal menjadi murah, barang murah menjadi semakin murah.

    Restoran makanan agak terhad tapi boleh la dari tiada lansung. Parkir kereta memang tiada masalah.

    (0) (0)
  3. Tempat yang menarik untuk dikunjungi samada untuk membeli belah atau berjalan – jalan kerana keunikkan Mall ini.

    Bentuk dan rupa serta pemandangan yang menarik ,terdapat pelbagai produk jenama jenama yang popular dan jenama mewah…

    (0) (0)
  4. Tempat terbaik untuk membeli barangan berjenama dengan harga berbaloi. kedaiΒ² banyak memberi diskaun sehingga 80%. Banyak kemudahan disediakan disini seperti tandas, surau dan paking yang luas.

    Kafe dan restoran juga ada disini. Antara butikΒ² yang terkenal yang ada di sini seperti Adidas, puma, skechers, coach, alikhsan, padini, russel taylor, kickers dan lainΒ² lagi.

    (0) (0)
Masukkan ulasan
Design Village Design Village
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)