Taman Botani Perdana

Tarikan Percuma

(6 review)

Nak tengok taman yang gila lama ada dalam KL? Jom jalan sini dengan keluarga.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
30 min – 2 jam
Harga Tiket
Percuma
Lokasi
Jalan Kebun Bunga, Tasik Perdana, 55100 Kuala Lumpur

BERSEJARAH

Luas & Lengang

Taman ini sudah ada sejak 1888 lagi. Kira sudah lebih 100 tahun kat KL, tapi ramai orang KL sendiri tak pernah jejakkan kaki.

Kalau anda nak tengok taman besar dalam KL, yang tak jauh dari kawasan Masjid Jamek dan Masjid Negara, inilah tempatnya.

Untuk yang nak bergambar, di tengahnya ada kanopi besar yang selalu jadi tempat berinstagram.

Dan untuk yang dah letih berjogging, boleh rehat di Bamboo Playground untuk ambil angin tepi air.

kanopi besar di tengah taman botani perdana
Kredit : heartpatrick

TARIKAN BERHAMPIRAN

Pelbagai Tarikan

Antaranya, termasuklah Taman Burung KL, Muzium Kesenian Islam, Muzium Polis, Masjid Negara, Taman Rama-Rama, Taman Rusa, Muzium Kartun dan juga Planetarium Negara.

Tapi disebabkan pengangkutan awam nak ke kawasan ini tak senang, kebanyakan tempat ini kurang pelawatnya.

Dan walaupun ia ada tempat bersejarah seperti Memorial Tun Abdul Razak (rumah bekas PM kita, yang anda boleh masuk) taman botani ini selalunya dalam keadaan krik krik pada hari biasa.

Cuma kadangkala anda akan juga kaki jogging tegar sekitar kawasan, dan bukannya pelancong yang nak melayan suasana dan tarikan di taman.

Cara Ke Sini

Nak ke sini, sebaik-baiknya ada kereta sendiri.

Kalau nak naik bas, ada Hop on Hop Off yang berhenti dekat dengan KL Bird Park, tapi kami tahu, berapa keratlah orang kita yang masih naik bas nak ke sana sini kan?

Kalau anda semangat nak berjalan kaki dari Muzium Negara ke sini, boleh.

Memang ada jalan dari situ, tapi kaki kena kuat jalan jauh.

Pelbagai Nama

Tempat ini sudah banyak kali ditukar namanya.

Bermula dari Lake Garden, Taman Tasik Perdana sampailah dalam tahun 2011, ditukar lagi kepada Taman Botani Perdana.

Jadi kalau mak ayah cakap yang nama tempat ini KL Lake Garden, betul lah itu.

Tarikan Berdekatan

6 review utk Taman Botani Perdana

4.8
Berdasarkan 6 review
5 bintang
83
83%
4 bintang
16
16%
3 bintang
0%
2 bintang
0%
1 bintang
0%
1-5 dari 6 review
  1. Kwsn yg sgt luas,cantik,kemas dan terjaga. Alat permainan kanak-kanak diselengarakan dengan baik

    (0) (0)
  2. Cantik dan tenang.. Walaupun parking berbayar tapi nak masuk dalam ni free je.. ✌✌

    (0) (0)
  3. Playground besar gilerrrrr..taman pun sgt besar tak larat nk jalan. Ada kedai berdekatan kolam ikan tp agak mahal. Ada surau dan toilet di tmpt sama.

    Boleh bawak skuter letrik or basikal dalam ni. Better bawak payung kalau dtg awal, dgn air yg banyak. No fee, masuk free shaja. Kalau petang parking penuh so better dtg awal.

    (0) (0)
  4. Sangat sesuai untuk bawa anak-anak beriadah. Masuk percuma. Kawasan yang luas.

    Boleh parking di awal pintu masuk atau nak lajak ke bawah lagi pun boleh. Dua2 pintu masuk ni tak jauh dengan playground. Playground dia pun luas. Seronok tengok anak-anak bermain.

    Meja sekitar playground banyak. Sesuai untuk family yang nak makan-makan@ berkelah. Banyak taman ada dengan konsep yang pelbagai. Sangat luas!Memang enjoy pusing-pusing taman botani ni. Boleh bawa roti bagi ikan makan.

    Ada tasik berdekatan cafe. Akhirnya selamat menikmati alam ciptaan Allah.

    (0) (0)
  5. 6.30am dah bukak. Google silap ni.

    Tapi kalau nak parking dekat kena datang before 7am. Ramai datang sini weekend. Tempat luas gila & cantik permandangan.

    Boleh ambik MRT turun Muzium Negara. Ada gate terowong connect masuk.

    (0) (0)
Masukkan ulasan
Taman Botani Perdana Taman Botani Perdana
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)