Tiket Muzium Kesenian Islam

RM20.00

(5 review)

Datang KL, tapi tak jenguk Muzium Kesenian Islam? Sayangnya, sayangnya !

Anggaran Masa Utk Aktiviti
1 – 3 jam
Harga Tiket
Harga tiket walk-in Muzium Kesenian Islam Malaysia adalah RM20 dewasa dan RM10 kanak-kanak
Lokasi
Jalan Lembah Perdana, 50480 Kuala Lumpur

Add to Cart
islamic arts museum kl body armor
Tiket Muzium Kesenian Islam
RM20.00

MUZIUM PERIBADI

Terbaik di Malaysia

Dibina oleh hartawan bumiputera, Tan Sri Syed Bukhari, muzium seni Islam ini bukan sahaja yang terbesar di Asia Tenggara.

Tapi dianggap bukan saja yang terbaik di KL tapi juga di Malaysia.

Jadi kalau anda sudah khatam dengan muzium negara, muzium tekstil, muzium ilusi dan Urmu ini muzium yang wajib anda lawat.

Terletak di Taman Botani Perdana, muzium yang serius mendamaikan ini ada lebih 7,000 artifak dan sebuah perpustakaan yang memuatkan buku-buku berkenaan kesenian Islam dari seluruh dunia.

al quran yg dipamerkan di muzium kesenian islam

replika masjid di muzium kesenian islam

REPLIKA

Masjid Seluruh Dunia

Antara artifak yang dipamerkan termasuklah model masjid-masjid di seluruh dunia, termasuk Masjidil Haram di Mekah dan kitab suci Al-Quran bersaiz sebesar ibu jari anda.

Ya jangan tak percaya!

Kalau muzium Islam luar negara banyak menumpukan seni dari Parsi atau Timur Tengah, muzium persendirian ini pula menekankan hasil seni orang Islam dari sebelah Timur — seperti dari India, China dan negara-negara Asia Tenggara.

Pendek kata, muzium ini wajib anda kunjungi.

Kalau yang bukan Islam pun datang dan kagum, malu lah jika anda yang Islam cuma melawat mall sahaja sepanjang cuti di Kuala Lumpur.

Tiket Muzium Kesenian Islam

Tiket Diskaun Online

belum tersedia

Harga Tiket Walk-In

Harga Tiket (RM)DewasaKanak2
Warganegara2010
Pelancong Asing2010
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 2 Feb 2025

Tips Pelawat

  • Kunjungi Bilik Uthmaniyyah – seni dalaman bilik Uthmaniyyah bertarikh 1820 – 1821 Masihi yang dibina semula. Lihat juga Galeri Senjata dan Perisai.
  • Jika ada bajet, makan tengahari di restoran Arab di muzium ini. Restoran makanan Arab di sini telah dinobatkan sebagai Restoran Timur Tengah Terbaik oleh Jurnal Halal Mihas pada tahun 2005/2006.
  • Masjid Negara, Taman Burung KL dan Muzium Polis tak jauh dari muzium ini. Anda boleh melawat dan bersolat berjemaah di Masjid Negara selepas kunjungan ke muzium ini dan tahan teksi untuk pulang ke hotel dari situ.

Tarikan Berdekatan

5 review utk Tiket Muzium Kesenian Islam

5.0
Berdasarkan 5 review
5 bintang
100
100%
4 bintang
0%
3 bintang
0%
2 bintang
0%
1 bintang
0%
1-5 dari 5 review
  1. Still terkejut kena bayar RM20 for entrance fee. If student dapat RM10. Tak payah book ticket boleh walk in sahaja.

    Semua barang pameran menarik. Amaze gila. They even got kain tutup kaa’bah from 1960′. Rasa 3 jam pun tak cukup spent time dekat sini.

    Speechless sebab rasa patut charge mahal lagi untuk entrance fee 😭😭😭.

    Parking free je tepi museum, pada yang singgah masjid negara tu boleh jugak datang sebab belakang masjid je muzium ni.

    Silalah datang, worth it 10/10.

    (0) (0)
  2. Pengalaman yg sangat best, dapat tengok hasil seni karyawan islam serta sejarah² seni Islam bukan hanya dari negara Arab sahaja tapi dari pelusuk dunia. Sangat recommended utk pergi dengan family.⭐⭐⭐⭐⭐

    (0) (0)
  3. Like! Sangat menarik. Suasana dalam Muzium sangat tenang dan selesa. Banyak sejarah mengenai Islam serta terdapat replika-replika contoh untuk dilihat.

    Staf/pegawai yang bertugas sangat baik dan peramah. Harga tiket sangat berbaloi. Recommended 👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻

    (0) (0)
  4. Sangat berbaloi dengan khazanah yang ada, amat digalakkan melawat kerana banyak ilmu dan sejarah yang akan dipelajari…. 👍 Sajian di moza juga amat menyelerakan, harga boleh dikatakan standard hotel…

    (0) (0)
  5. Salah satu muzium yg menempatkan bnyk artifak² islam yg kurang dikunjungi oleh org² islam. harga berpatutan untuk student rm10. kalau awam rm20 sorg. kanak² bawah 6 thun free. ada library untk kanak², tmpt souvenir. ada lif sesuai untk semua peringkat umur.

    (0) (0)
Masukkan ulasan
Tiket Muzium Kesenian Islam Tiket Muzium Kesenian Islam
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)