Penang memang syurga makanan kat Malaysia — tak kira makan malam atau sarapan pagi.
Sarapan Pagi Best di Georgetown
- 1 Roti Bakar Hutton Lane
- 2 Roti Canai Transfer Road
- 3 Ali Nasi Lemak Daun Pisang
- 4 Hassan Briyani House
- 5 Argyll Road Roti Canai
- 6 Roti Canai Gemas Road
- 7 Mee Goreng Edgecumbe Road
- 8 Mee Goreng Bangkok Lane
- 9 Capati Ramzan Restaurant
- 10 Astaka Taman Tun Sardon
- 11 Maliia Bakery
- 12 Sup Hameed
- 13 More by Arang Coffee
Kami senaraikan tempat makan pagi halal, sedap dan famous kat area Georgetown masa cuti.
Jom kita tengok senarai tempat-tempat sarapan power kat sini.
Roti Bakar Hutton Lane

Mana-mana peminat roti bakar kat Penang akan sebut Roti Bakar Hutton Lane kalau anda terasa nak makan roti bakar telur goyang untuk sarapan pagi.
Dibuka sejak 1957 lagi, warung makan pagi ini memang fokus dengan hidangan roti benggali dan kaya buat sendiri.
Tempat ini dulu kat jalan Hutton dan baru pindah ke sini.
Walaupun dibuka pukul 8:30 pagi datanglah supaya senang cari kerusi nanti.
Lokasi : 300, Jalan Phee Choon 10050 George Town, Pulau Pinang
Roti Canai Transfer Road

Kaiau cerita roti canai, ini antara tempat layan sarapan pagi roti canai legend kat Georgetown ini.
Dari segi selesa, memang kurang sebab duduk tepi jalan saja.
Dan harga rotinya mahal dari biasa, sebab roti canai ini roti canai ayam yang diletak seketul kat atasnya.
Kalau nak roti telur goyang, boleh juga order buat layan dengan teh tariknya.
Lokasi : 114, 110, Jalan Transfer, George Town, Pulau Pinang
Ali Nasi Lemak Daun Pisang

Kalau KL famous dengan nasi lemak antarabangsa yang penuh dengan pilihan lauk, nasi lemak Ali ini simple saja — macam zaman dulu-dulu.
Nasi lemak kat sini dibungkus dengan daun pisang, dengan sambal ikan bilis.
Untuk tambah upmhh boleh minta tambah telur goreng atau sambal sotong.
Nota : Kalau orang cakap Nasi Lemak Lebuh Pantai, ini lah juga tempatnya.
Lokasi : Seeni Mee Sotong, Beach St, Georgetown, Penang
[static_content id=”29536″]
Hassan Briyani House

Kedai makan yang famous dengan lauk gaya Pakistan ini dibuka untuk sarapan pagi dan ada chapati yang dimakan dengan kuah dhal.
Kalau anda datang untuk brunch, jangan balik sebelum cuba tandoori ayam dengan nasi biryaninya.
Semuanya gaya Lahore, jadi jangan terkejut kalau roti anda lebih berminyak sebab ianya bersalut ghee.
Lokasi : 196, Jalan Transfer, George Town, Pulau Pinang
Argyll Road Roti Canai

Ini satu lagi tempat makan pagi sedap kat Georgetown yang ada sekitar zaman Merdeka — dan dianggap kedai makan pagi legend kat pulau ini.
Nak murah, order roti kosong. Kalau bajet lebih boleh cuba roti canai ayam atau kambingnya.
Pelayan kat sini semuanya orang tua. Kena sabar banyak kalau servisnya slow saja.
Lokasi : Jalan Argyll, Georgetown, George Town, Penang
Roti Canai Gemas Road

Dalam banyak-banyak warung, ini antara warung makan pagi paling sibuk kat Penang.
Macam kebanyakan warung roti canai famous Penang, roti kat sini pilihan kuahnya ialah lauk kari ayam atau kambing.
Menu roti spesialnya ialah roti canai banjir dengan kari kambing, lembu atau ayam dengan pilihan telur mata atau cheese sebagai addon.
Warung ini dibuka dari 7 pagi lagi.
Datang seawal mungkin supaya tak makan dengan terik matahari.
Lokasi : 51, 29, Jalan Gemas, Taman Kampar, 10460 George Town, Penang
Mee Goreng Edgecumbe Road

Bermula dari warung roda tiga, tempat makan mee goreng ini sekarang ada di food court Gurney Drive.
Yang buat orang datang sini tak lain tak bukan sebab mee goreng sotong, pasembur dan juga mee rebusnya, yang sesuai untuk yang suka pedas-pedas.
Bila kat sini, boleh juga try air amra, air kelapa muda ataupun ABC buat layan dengan mee.
Lokasi : Persiaran Gurney, George Town, Pulau Pinang
Mee Goreng Bangkok Lane

Antara tempat makan pagi best yang famous sejak berzaman kat Penang ialah Mee Goreng Bangkok Lane.
Kat sini, anda dapat makan mee goreng, cuma lainnya ialahnya ada sotong dalam mee anda.
Warung kecil ini sudah lebih 70 tahun bertapak kat Penang.
Dan kalau tak suka mee goreng, ada pasembur dan mee rebus yang boleh anda cuba.
Nota : Kami diberitahu yang kedai ini akan berpindah ke tempat lain sekitar Ogos 2021. Alamat di bawah adalah alamat lama/asal kedai ini.
Lokasi : 280, Jalan Burma, Georgetown, George Town, Penang
Capati Ramzan Restaurant

Restoran Ramzan ini bukan saja terkenal sebagai salah satu restoran nasi kandar sedap kat Penang, tapi sarapan halalnya pun power.
Berbeza dengan kedai lain yang selalunya famous dengan roti, kat sini orang datang awal pagi untuk cari capati.
Dan macam biasa, capati sini dilayan dengan kuah sardin macam kebanyakan kedai mamak pulau ini.
Lokasi : 48, Lebuh Ah Quee, George Town, Pulau Pinang
Astaka Taman Tun Sardon

Kalau anda datang dengan family, dan setiap orang pun tak boleh nak setuju nak makan apa pagi-pagi, boleh cuba ke Astaka Taman Tun Sardon ini.
Ini antara foodcourt kat Penang yang famous dengan macam-macam lauk pagi.
Dari capati, apam balik, kuih jala dan roti canai sampailah ke mee kari.
Tak kisah beratur?
Bolehlah berjemaah berdiri menunggu turn beli sandwich dan serabai.
Lokasi : Taman Tun Sardon, Gelugor, Penang
Maliia Bakery

Untuk anda yang nak tahu dari mana kedai-kedai mamak Penang ambil roti untuk buat roti bakar telur goyang, ini jawapannya.
Inilah kedai roti yang supply roti Benggali pada banyak warung dan restoran seluruh Penang.
Anda boleh datang sini seawal 8 pagi untuk makan roti Benggali toast dan kaya kat cafenya.
Kalau rasa nak datang tengahari, boleh juga makan burger, pizza atau dengan biryani.
Lokasi : 114, Jalan Transfer, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang
Sup Hameed

Untuk cari sup legend kat Penang, ini lah tempatnya.
Dan walaupun famous dengan sup waktu malam buta, anda sebenarnya boleh ke sini untuk makan sarapan.
Kedai mamak ini buka seawal 7 pagi.
Dan yang selalu orang order ialah sup kambing, atau ayam untuk makan dengan roti Benggali.
Tapi kebersihan tempat ini memang banyak kena perbaiki.
Jadi walaupun famous, ia bukan tempat makan pagi pilihan no 1 kami.
Lokasi : 48, Jln Penang, George Town, Pulau Pinang
More by Arang Coffee

Ini khas untuk anda yang memang kaki kopi Arabica pagi-pagi, atau warung tepi jalan buat anda allergic atau geli.
Cafe halal ini selesa tempatnya, dan sesuai untuk anda yang nak ubah selera dan nak makan breakfast Western pagi masa cuti.
Pilihan makanan macam-macam.
Memang sesuai bukan saja untuk isi perut tapi untuk buat member kat IG iri hati.
Lokasi : 170G-2 Livingston Tower Argyll Road, 10050 George Town, Pulau Pinang
Okay, lengkap sudah senarai tempat makan pagi sedap, popular, halal dan famous kat kawasan Georgetown Penang.
Memang akan kami tambah lagi warung makan pagi dan kedai lain nanti.
Tapi buat masa ini, dari tempat sarapan pagi best kat atas, yang mana pilihan hati?
