Kompleks HIG

Tak namanya datang ke Langkawi kalau tak shopping! Dan tempat pertama yang wajib anda tuju tak lain ialah Kompleks HIG ini

Kedai Haji Ismail ini tempat paling hit di kalangan pelancong ke Pulau Langkawi.

Pendek kata, inilah tarikan utama yang menyebabkan ramai kaum hawa berdikit-dikit bermain kutu untuk ke Langkawi.

Sekarang, Haji Ismail Group bukan sahaja mempunyai 4 cawangan kedai, tetapi hasil ‘sumbangan’ kita semua, ia juga ada sebuah hotel dan kompleks membeli belah sendiri — iaitu Kompleks Haji Ismail Group.

Di kompleks milk keluarga bumiputera ini, anda boleh membeli barangan bebas cukai yang murah-murah. Pinggan mangkuk, coklat, barangan dapur hinggalah kepada kain pelikat dan minyak gamat — semuanya ada.

Kalau dulu, susahnya shopping bersesak-sesak di pekan Kuah. Tapi sekarang, dengan kompleks HIG ini, semuanya mudah.

Peringatan Penting

Kalau membeli coklat, pastikan coklat anda ada tanda halal. Banyak coklat yang dijual di pulau ini tidak ada logo halal pun, dan bercampur dengan arak.

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit

Apa Lagi Yg Best Kat Langkawi?

Tempat menarik kat Langkawi
Layan kedai makan sedap Langkawi
Hotel terbaik pilihan kami