melaka river cruise - tempat tarikan melaka yang popular

Melaka River Cruise

Ini memang tarikan utama Melaka. Jom ikut kami naik bot layan sungai Melaka ini tak kisah siang ataupun bila malam tiba.

Kalau Rome ada river cruise, Melaka pun ada juga.

Dan masih lalu jambatan demi jambatan lama.

Sambil bot anda menyusur sungai, anda akan dapat tengok bangunan bersejarah tinggalan Belanda, kincir air, kubu kat pesisir sungai dan 7 buah jambatan kecil sekitar bandar Melaka.

Anda juga akan dapat tengok keadaan mural belakang Jonker Walk dan Kampung Morten, kampung yang orang gelar ‘muzium hidup’ sewaktu duduk dalam bot dalam cruise 45 minit ini.

Kalau nak best lagi, naik Melaka River Cruise waktu malam.

Dengan lampu warna warni, dibuai angin sepoi-sepoi bahasa, memang jadi kenangan manis untuk yang berbulan madu masa ke sini.

jambatan melaka riverwalk @owenyapkh

Kredit : owenyapkh

Jangan risau. Botnya perlahan sahaja. Tak macam naik bot kat laut.

Dan kalau dah naik river cruise ini, boleh juga ambil angin kat laluan pejalan kaki di sepanjang sungai.

Boleh snap gambar untuk IG atau saja lepak layan pemandangan tebing sungai.

Melaka River Cruise - tempat menarik wajib lawat kat melaka

Jeti / Tempat Naik

Ada 2 lokasi boleh naik bot ini :-

1. Muara Sungai Melaka (dekat dengan Muzium Samudera)
2. Taman Rempah Ratus.

melaka river cruise dari tepi sungai melaka

Kredit : nomad_eidruce

Sejarah Ringkas Sungai Melaka

Ini bukan laluan biasa. Sungai Melaka ini tempat bersejarah yang merakamkan bagaimana Melaka ini dulunya kawasan yang kaya sebab perdagangan.

Dan tarafnya sama dengan pelabuhan terkemuka dunia masa itu seperti Venice, Cairo dan Canton.

Harga Tiket

Harga Tiket Walk-InDewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)Warga Emas (RM)
Warganegara251520
Pelancong Asing302530
Beli Tiket Diskaun River Cruise
Book Hotel Best Tepi Sungai Melaka
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 10 Jan 2024

Waktu Operasi

Setiap Hari : 9pg – 11:30 mlm

Soalan Lazim

Tiap-tiap hari beroperasi ke?

Ya. Kecuali cuaca tak mengizinkan.

Boleh bawa makanan/minuman tak?

Ya.

Baby kena beli tiket ke?

Baby bawah 2 tahun naik bot percuma.

Di mana saya boleh naik Melaka river cruise ni?

Ada 2 tempat. Anda boleh naik di jeti Taman Rempah ataupun Stesen Dataran Muara Sungai Melaka.

Boleh naik tak di jeti The Shore?

Tidak.

Berapa lama masa kat dalam bot?

Dalam 45 minit.

Masa PKP buka ke?

Ya, tapi pada PKP Pemulihan dan sampai 11 malam saja.

Ada diskaun untuk student?

Ya. Sila tunjuk kad pelajar IPTA/IPTS di kaunter tiket.

Ada diskaun untuk OKU?

Ya.

Yang guna wheelchair boleh naik tak?

Ya. Tapi tolong maklumkan kepada staff untuk bantu masuk/keluar bot.

Boleh tak nak sewa 1 bot terus?

Ya boleh. Untuk rombongan boleh sewa 1 bot. Had penumpang ialah 40 orang. Tapi sila tempah awal.

Email booking@melakarivercruise.my untuk pertanyaan & tempahan.

Hotel Terbaik Berdekatan River Cruise

Kategori HotelBandingkan Harga
Casa Del RioBooking Agoda
Hotel HattenBookingAgoda
Doubletree HiltonBooking Agoda
The StraitsBooking Agoda
Hotel EstadiaBookingAgoda
Hotel MotyBookingAgoda
Hotel ArissaBookingAgoda

JomJalan Seluruh Melaka

Senarai tempat tarikan best di Melaka
Hotel terbaik Melaka pilihan kami
Layan kedai makan sedap Melaka
Promo hotel, tarikan Melaka
Jomjalan