laman padi langkawi ootd

Kredit : dyanasofia

Laman Padi

Teringin nak masuk sawah? Jom ke Laman Padi di Langkawi. Percuma saja masuknya.

Tempat ini besarnya 2.2 hektar. Jadi anda boleh rasa pengalaman dalam sawah padi betul. Lagipun, Laman Padi di Langkawi memang siap dengan orang-orang dan dangau tempat berehat.

Kalau anda mahu tahu secara proses tradisi memproses padi, pun boleh. Sebab ada Muzium Padi di sini.

Tapi, tidak macam laman padi, waktu pembukaannya terhad. Dan kalau kawasan sawah percuma, muzium pula berbayar.

bergambar di tarikan langkawi - pondok laman padi

Kredit : kdkonah

3 Tarikan Paling Top Kat Langkawi

Aktiviti di Laman Padi

Kalau anda tidak kisah untuk berlumpur, anda boleh menanam padi atau menangkap ikan dengan serkap.

Tiket bermula dari RM 3 seorang.

Dan oleh kerana kawasan ini juga ada kawasan herba sendiri, anda juga boleh meminta bantuan pemandu pelancong di Laman Padi kalau anda betul-betul mahu belajar bukan saja tentang padi tapi juga tanaman lain yang ada di sini.

laman padi langkawi

Kredit : shamroslee

Pendek kata, kalau anda sukakan pokok dan suasana kampung, anda mesti ke sini.

NOTA: Ada Seashells Restaurant yang terkenal dengan makan malam di tengah sawah di sini. Suasana power. Cuma kena tahan nyamuk saja.

makan di laman padi langkawi

Kredit : noorasiahyazid

JomJalan Seluruh Langkawi

Senarai tempat tarikan best di Langkawi
Layan kedai makan sedap Langkawi
Promo hotel, tarikan Langkawi
Jomjalan