Isi Kandungan :
Di bangunan 3 tingkat bernama Art in Paradise ini, anda boleh bergambar puas-puas dengan 200 lukisan 3D yang dilukis oleh pelukis-pelukis handalan Korea.
Kumpulan lukisan ini bukan sahaja koleksi lukisan 3D paling besar di Malaysia. Tapi ia juga antara koleksi 3D terbesar dunia. Wah! Wah!

Kredit: Phalinn Ooi
Yang tambah mengagumkan, gambar-gambar ini bukan dilukis orang muda, tapi atuk-atuk Korea. Pelukis-pelukis ini adalah generasi terakhir pelukis 3D Korea yang rata-ratanya berumur 60 tahun.
Jika harga tiket bukan masalah, dan anda punyai masa, jangan lepaskan peluang bergelak ketawa di dalam muzium Langkawi yang menelan belanja 17 juta ringgit ini.
3 Tarikan Paling Top Kat Langkawi
Tips Pengunjung

Kredit : www.flickr.com
1. Kalau datang berkumpulan, datang awal. Anda mungkin menghabiskan masa 2-4 jam kerana sibuk berganti-ganti bergambar.
2. Anda perlu buka kasut untuk masuk. Sila pakai stokin yang bersih. Sebab takut-takut, awak sakan selfie, tapi berdarah hidung orang lain kat tepi.
3. Tempat ini dalam Oriental Park. Jadi boleh lah singgah ke sini sebelum atau selepas naik kereta kabel.
4. Dekat kawasan ini juga ada Time Travel Imaginarium yang boleh anda masuk.
Harga Tiket
Kanak-kanak 3 tahun ke bawah masuk percuma
Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) | |
---|---|---|
Warganegara | 30 | 20 |
Pelancong Asing | 38 | 28 |
Tiket Combo Dengan Kereta Kabel
Dewasa (RM) | Kanak2 (RM) | |
---|---|---|
1. TIKET KERETA KABEL / SKYCAB | ||
Warganegara | 43 | 33 |
Pelancong Asing | 85 | 65 |
Beli Tiket Diskaun Kereta Kabel | ||
Penting: Tiket kereta kabel Langkawi datang secara combo 4-dalam-1 ( Kereta Kabel Skycab + SkyDome + SkyRex + 3D Art Langkawi ) | ||
2. TIKET SKYCAB + EXPRESS LANE | ||
Warganegara | 93 | 83 |
Pelancong Asing | 135 | 115 |
Beli Tiket Express Lane | ||
3. TIKET SKYCAB -- GLASS BOTTOM GONDOLA | ||
Warganegara / Pelancong Asing | 105 | 105 |
4. TIKET SKYCAB --PRIVATE GONDOLA | ||
Warganegara / Pelancong Asing | 550 (utk 6 orang) | |
5. TIKET SKYCAB -- VIP GONDOLA | ||
Warganegara / Pelancong Asing | 550 (utk 6 orang) |
* Semua gondola (private, express etc) datang dengan combo 4 tiket dalam 1 (seperti normal combo).
Harga Tiket Diskaun
JomJalan Seluruh Langkawi
Peta Ke Sini

Kredit : www.flickr.com