MODEN
Cable Car Terpanjang Malaysia
Cable car Langkawi ini menggunakan teknologi Swiss. Bukan cap ayam.
Jadi jangan risau sangat bila anda duduk dalam gondola anda.
Jaraknya boleh tahan jauh.
Dari stesen bawah ke Stesen Tengah, jaraknya 1.7 km.
Tapi penantian ke platform satu lagi amatlah menyiksakan kalau anda takut tempat tinggi.
UJI KEBERANIAN
Skycab Yg Mendebarkan
Satu lagi yang bakal buat anda mengucap banyak-banyak ialah kerana ada cable car yg lantainya kaca.
Dan tali kabelnya panjang sampai tidak nampak hujungnya.
Itu belum lagi dikira yang gondola ini juga akan naik dengan curam.
Tingginya anda diangkut membuatkan pokok-pokok balak di bawah kaki anda nampak kerdil dan kapal laut yang sebesar bangunan sudah jadi sekecil semut.
Kat stesen tengah, anda boleh turun dan berjalan ke platform untuk melihat pemandangan Pulau Langkawi.
TARIKAN LAIN
Jambatan Melengkung
Selain naik kereta kabel, kat kawasan gunung Mat Chinchang nanti anda boleh layan tarikan lain (dengan bayaran tambahan)
Ada petting zoo di stesen bawah dan ada jambatan melengkung di stesen atas untuk anda layan panorama pulau ini dengan keluarga.
Untuk yang suka masuk hutan, anda pun boleh buat jungle trekking dari satu stesen ke stesen lain dengan guide yang ada.
JAMBATAN KACA
Eagle Nest
Untuk tahun 2024, ini jambatan kaca Eagle Nest Skywalk ini adalah tarikan terbaru di sini.
Lokasinya di stesen tengah dan ia adalah jambatan kaca yang menjulur keluar tanpa sebarang tiang.
Oleh kerana ianya diperbuat dari kaca, hanya 300 orang sahaja boleh berada di atasnya pada satu-satu masa.
Tapi tarikan ini perlukan tiket berbayar yang berasingan dari tiket kereta kabel.
Tiket Kereta Kabel Langkawi
Tiket Promo
Promo Online | Potongan Harga |
 | 7% | Tempah |

| 7% | Tempah |

| 7% | Tempah |
Harga Tiket Walk-In
Harga Tiket (RM) | Dewasa | Kanak2 |
---|
Warganegara | 43 | 33 |
Pelancong Asing | 85 | 65 |
Harga dikemaskini sehingga : 2 Feb 2025 |
Jenis Kereta Kabel
Ada beberapa jenis kereta kabel yang boleh anda pilih:
Gondola Biasa – Muat 6 tetamu. Perlu beratur & menunggu. Berkongsi dengan pelancong lain.
Gondola Lantai Kaca – Gondola dengan lantai kaca lutsinar. Muat 6 tetamu. Tidak perlu beratur/menunggu. Tapi masih berkongsi dengan pelancong lain.
Gondola VIP – Muat 3 tetamu. Ada makan minum ringan sepanjang perjalanan. Tidak perlu beratur/menunggu. Tidak berkongsi dengan pelancong lain.
Gondola 360 – Gondola paling baru. Muat 4 tetamu. Tingkap terbuka, membolehkan angin masuk ke dalamnya. Tidak perlu beratur/menunggu. Tapi masih berkongsi dengan pelancong lain.
Gondola Peribadi – Muat 6 tetamu. Tidak perlu beratur/menunggu. Tidak berkongsi dengan pelancong lain.
Jambatan Gantung/Skybridge

Skybridge adalah jambatan gantung yang boleh dilawati dari stesen teratas.
Untuk ke Skybridge, ada 2 pilihan.
Jalan Kaki
Untuk yg mahu berjalan, anda akan menuruni kira-kira 300 anak tangga melalui laluan hutan untuk sampai ke jambatan melengkung. Anda boleh pulang ke kereta kabel dengan cara yang sama.
Masa pergi dianggarkan sekitar 15 minit.
Perjalanan pulang adalah sekitar 20-30 minit kerana laluan mendaki.
Skyglide
Ini cara lebih mudah (tapi lazimnya sesak) kerana anda bakal menaiki gondola dengan rel terus ke jambatan.
Akan tetapi anda perlu membeli tiket untuk menaikinya.
Panorama Skybridge
Jambatan yang dibina di atas Gunung Mat Chinchang ini memang mengagumkan – dan bakal memberi anda panorama gunung dan laut Langkawi.
Jambatan yang panjangnya 125m ini juga diletak sebagai antara jambatan paling menakutkan di dunia.
Sebabnya, kerana ia duduk di atas gunung, dan digantung ditengahnya dengan hanya satu tiang besi.
Tapi jangan berhenti sahaja kat sini. Teruskan naik sampai ke puncak.
Kat sini boleh layan pemandangan Langkawi dan kawasan pulau Thailand sepuas hati.
Tapi pegang telefon elok-elok.
Kalau jatuh, jadi hadiah buat tupai di bawah.
Harga Tiket Skybridge
RM6 (dewasa)
RM4 (kanak-kanak)
Kaunter Tiket
Di Top Station atau beli secara online
*harga tepat hingga Feb 2024
Skyglide
Bagi anda yang tak mahu naik turun tangga untuk ke jambatan gantung, anda boleh naik SkyGlide.
Boleh memuatkan 8 orang pada satu masa, SkyGlide akan membawa anda ke jambatan dalam masa 2 minit saja.
Tapi disebabkan ianya popular, masa menunggu dan beratur membeli tiket mungkin mengambil masa lebih 1 jam pada waktu cuti.
Harga Tiket Skyglide Pergi Balik
- RM16 (dewasa)
- RM11 (kanak-kanak)
*harga tepat hingga Feb 2024
Kaunter Tiket
- Di Top Station,
- Kaunter bergerak di Skybridge (untuk tiket sehala)
- Beli secara online.
Skybistro
Bila tekak kering disebabkan banyak menjerit sewaktu kereta kabel naik ke sini, ada kafe untuk anda basahkan tekak.
Jika anda tunggu sehingga ke petang, anda mungkin boleh melihat matahari terbenam dari atas gunung sambil mengirup kopi panas dari puncak gunung ini.
Pemandangan masa ini, memang padu. Cuma jangan leka sampai terlepas gondola terakhir pula.
Machinchang Petland
Ada anak kecil?
Anda sekeluarga boleh juga lawat petting zoo mini kat area stesen bawah cable car.
Tempat ini ada kuda kerdil, arnab, ayam, landak dan juga ular untuk anda dan anak pegang. Tapi kami sarankan anda pergi selepas turun dari kereta kabel.
Kalau anda banyak habiskan masa kat sini, takut-takut letih nak beratur kat kereta kabel nanti sebab pengunjung makin ramai.
Harga Tiket Petland:
RM40 (dewasa) dan RM 30 (kanak-kanak)
* harga tepat hingga Feb 2024
Rentas Desa/Skytrail
Kalau anda jenis suka outdoor, anda ada pilihan untuk buat jungle trekking kat kawasan gunung ini bersama jurupandu.
Semua trip bermula pada pukul 9:30 pagi dan ada 3 jenis pakej yang boleh anda pilih.
1. Beginner
Dari stesen tengah ke atas.
Tempoh hiking 2 jam
Harga tour dari RM 180/pax
2. Intermediate
Dari stesen bawah (Oriental Village) ke stesen tengah
Tempoh hiking 3 – 4 jam
Harga tour dari RM 230/pax
3. Challenging
Dari stesen bawah (Oriental Village) ke puncak
Tempoh hiking 4 – 5 jam
Harga tour dari RM 280/pax
Tips
- Kereta kabel ini tidak berhenti sewaktu mengambil penumpang. Jangan leka dengan Tiktok semasa menunggu.
- Beratur untuk menunggu giliran naik dan turun boleh mencecah 1 jam 30 minit sewaktu cuti sekolah/umum. Jadi kalau anda ke Langkawi dengan keluarga sewaktu musim cuti, datang ke sini seawal mungkin supaya tidak perlu beratur panjang.
- Jika anda datang pada monsoon, perjalanan di dalam gondola akan lebih mendebarkan sebab ia banyak bergoyang.
- Tarikan di bahagian atas mungkin ditutup jika cuaca tidak mengizinkan.
Waktu Operasi
Hari Biasa : 9:30pg – 6 ptg
Hujung Minggu / Cuti : 9:30 pg – 6:30 ptg
Waktu operasi mungkin ditukar tanpa notis awal.
Untuk maklumat paling sahih & terkini, rujuk waktu operasi di laman rasmi Langkawi Skycab sendiri.
Penutupan Tahunan
Setiap tahun, kereta kabel Langkawi akan ditutup untuk beberapa minggu bagi kerja penyelenggaraan.
Tarikh yearly closure ini selalunya berbeza setiap tahun. Tapi tarikh terdahulu di bawah boleh dijadikan sebagai rujukan kemungkinan tarikh penutupan untuk masa akan datang :
- 2016 : 19 – 28 April
- 2017 : 1 – 11 April
- 2018 : 1 – 13 April
- 2019 : Tiada ( Covid)
- 2020 : Tiada ( Covid)
- 2021 : Tiada ( Covid)
- 2022 : 17 Julai – 20 Ogos
- 2023 : 2 – 17 Julai
- 2024 : 9 – 22 Julai
Soalan Lazim

Ya. Sebab dalam Malaysia, kereta kabel begini hanya ada di Langkawi dan Genting saja.
Dan satu masa dulu, ia memang di antara 10 kereta kabel paling top dalam dunia.
Tak. Tiket hanya untuk naik Skycab sahaja tak dijual.
Harga tiket untuk kereta kabel Langkawi memang datang secara kombo 4 dalam 1.
Maknanya, tiket itu beri anda naik kereta kabel, dan akses percuma untuk tarikan lain. Terpulang untuk anda samada ingin masuk ke tempat lain itu atau tidak.
Tiket yang anda beli membolehkan anda masuk ke 4 tempat ini :
- Skycab (Kereta Kabel)
- SkyDome
- SkyRex
- 3D Art Langkawi
Pada pandangan kami, hanya muzium 3D Art Langkawi yang berbaloi dimasuki selain dari kereta kabel.
Tidak. Anda perlukan tiket tambahan jika anda ingin ke jambatan melengkung Skybridge atau naik Skyglide (ia mengangkut anda ke jambatan melengkung tanpa perlu jalan kaki).
Kedua-dua tarikan di atas dikira sebagai tarikan yang berasingan (dan optional) dari tiket kereta kabel.
Jadi ia tidak termasuk dalam harga tiket yang anda bayar.
Ya boleh.
Tapi beratur membeli tiket boleh jadi panjang pada masa cuti.
Beli secara online lebih mudah dan murah.
Ya. Tapi baik ada cash untuk standby sebab ada waktu mesin offline.
Pilihan lebih baik ialah beli secara online.
Ya. Tapi lebih baik beli awal secara online.
Ya kalau beli tiket secara walk in dan nak dapat harga warganegara.
Tak perlu.
Tiket yang anda beli sudah merangkumi trip pergi dan balik.
Ya.
Akan tetapi jika cuaca memang tidak mengizinkan, operasinya mungkin dihentikan.
Kalau anda datang seorang, anda boleh gunakan Grab.
Akan tetapi cara terbaik ialah dengan menyewa kereta atau motorsikal sahaja.
Kalau tgah musim tengkujuh better beli tix kat kaunter. Kalau beli awal, if strong wind kat platform tiket auto burn. Rugi.
Kalau nk pergi time bkn school holidays. Korang x perlu beratur naik cable car. Selesa sgt sbb x ramai org
Kita gayat tapi alhamdulillah okey je naik ni . Team gayat jangan lupa cuba taw 🩷 korang wajib cuba skyrex juga , terasa realnya tu mcm kita dalam dunia jurassic park heheh 🙈
Ya Allah gayatnya..tapi best giler
Cuma agak panas dalam tu.
Tak ada kipas angin pun x masuk.
Lencun baju dengan peluh
Overal wajib try ni kalau datang langkawi
Bangga dengan idea Tun Mahadhir dengan pembinaan yang megah ini. Pelancong seluruh dunia datang untuk merasai pengalaman di atas puncak gunung Mat Chinchang.
Entah berapa puluh juta ringgit pendapatan sehari yang kerajaan negeri dapat dengan pembinaan ni. Idea Tun yang menakjubkan.