Taman Agroteknologi Mardi

RM10.00

(7 review)

Ada bunga, ada buah, ada kopi. Dan ada juga penginapan lama gaya British kat tempat menarik Cameron ini.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
1 – 3 jam
Harga Tiket
Harga tiket bermula dari RM 10 dewasa dan RM 5 kanak-kanak
Lokasi
Mardi, Cameron Highland, 39000 Tanah Rata, Pahang, Malaysia

Add to Cart
mardi cameron highlands park 2
Taman Agroteknologi Mardi
RM10.00

LEBIH SELESA

Beraneka Bunga

Tempat ini jauh lebih selesa dari kebanyakan taman bunga Cameron. Full stop.

Dan bunga-bunga yang beraneka warna di sini ditanam di dalam kawasan berbumbung. Jadi kalau pun hujan, anda boleh berteduh.

taman agroteknologi mardi

taman agroteknologi mardi

MESRA PENGUNJUNG

Cafe & Cenderahati

Taman Mardi di Cameron Highland ini juga cukup mesra pengunjung. Kalau anda sudah letih melayan bunga dan anggur, anda juga boleh menjamu selera di kafenya, membeli cenderahati atau solat di surau Mardi. Untuk anak anda, ada taman permainan kecil untuk mereka berseronok.

Pendek kata, kalau ke Cameron, tapi hanya singgah ke kebun persendirian, tapi tak ke sini, memanglah anda silap jalan.

Tiket Agrotek Mardi Cameron

Harga Tiket Walk-In

Harga Tiket (RM)DewasaKanak2
Warganegara105
Harga Rombongan
Satu Bas 250150
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 11 Sep 2025

Cottage Penginapan

Ha! Nak rasa macam residen oreng puteh?

Kalau ya, ada cottage oreng puteh yang boleh anda tempah kalau anda ingin rasa bermalam di taman.

Harga bilik di cottage ini bermula dari RM 250 pada hari biasa. Cuba telefon 05-491 1255 atau 05-491 5945

Sejarah Taman Agroteknologi Mardi Cameron

Taman ini sebenarnya dibuka penjajah Inggeris pada 1925.

Dan mereka gunakan sebagai pusat penyelidikan tanaman-tanaman seperti teh.

Kalau anda suka sejarah, ini sedikit fakta. Pokok teh terawal yang ditanam di Malaya masih boleh dilihat di sini.

Kilang memproses teh tertua di Malaysia pun ada di dalam taman.

Cuma walaupun tempat ini masih boleh menghasilkan teh, kawasan kilang kecil ini tidak dipromosi seperti ladang Teh Boh atau Bharat.

Waktu Operasi

Tutup Isnin (kecuali cuti sekolah/umum)

Setiap Hari : 9pg – 5 ptg

* Tutup untuk rehat 12:45 – 2 ptg, kecuali cuti sekolah/umum

7 review utk Taman Agroteknologi Mardi

4.3
Berdasarkan 7 review
5 bintang
42
42%
4 bintang
42
42%
3 bintang
14
14%
2 bintang
0%
1 bintang
0%
1-5 dari 7 review
  1. Best bagi mereka yang suka dengan pelancongan ekologi. Saya suka dan bercadang untuk kembali ke sini lagi.

    (0) (0)
  2. OK: banyak pokok bunga, senang parking, kawasan luas, ada kemudahan tandas, surau dan cafe

    KO: tiket telah naik harga rm10(dewasa), rm5(kanak), pokok tidak banyak seperti dulu, tarikan terbaru tidak banyak.

    sepatutnya mardi menjadilkan anak sungai didalam kawasannya suatu tarikan istimewa.

    (0) (0)
  3. Sini best, bagi saya dalam ni lengkap.

    Mini zoo ada, taman rama2 ada walaupun tak banyak. Landskap dia terjaga.

    Budak-budak memang suka kat sini. Penat jalan singah beli tea rm1 kat cafe tu.

    Paling lama pusing-pusing dekat sini. Habis dalam 3jam lebih tu pun tak habis ronda sebab nak hujan.

    (0) (1)
  4. Best. Tiket murah je. Kanak kanak free hari tu masuk.

    Lepas tu ada macam macam dalam satu tempat. Anak suka bole bg makan arnab dgn kambing.

    Taman bubga cantik2. Ada mini ladang teh jugak. Overall puas hati. Satu tempat tapi ada macam macam.

    (1) (0)
  5. Kali pertama masuk sini 11 tahun lepas. Now bertambah cantik. Tapi setengah tempat bersepah. so jadi semak mata pelancong. Patutnya kemaslah sebab kami masuk bukan nak semakkan mata. Hope approve lah.

    (0) (0)
Masukkan ulasan
Taman Agroteknologi Mardi Taman Agroteknologi Mardi
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)