tarikan langkawi muzium 3d

Kredit : suesuria59

Muzium 3D Langkawi

Anda kaki selfie? Tarikan di Langkawi ini memang untuk anda posing, beraksi, dan upload gambar ke IG.

Di bangunan 3 tingkat bernama Art in Paradise ini, anda boleh bergambar puas-puas dengan 200 lukisan 3D yang dilukis oleh pelukis-pelukis handalan Korea.

Kumpulan lukisan ini bukan sahaja koleksi lukisan 3D paling besar di Malaysia.

Tapi ia juga antara koleksi 3D terbesar dunia. Wah! Wah!

lukisan di muzium 3d langkawi art of paradise

Kredit : khairiqayyum

Yang tambah mengagumkan, gambar-gambar ini bukan dilukis orang muda, tapi atuk-atuk Korea.

Pelukis-pelukis ini adalah generasi terakhir pelukis 3D Korea yang rata-ratanya berumur 60 tahun.

Jika harga tiket bukan masalah, dan anda punyai masa, jangan lepaskan peluang bergelak ketawa di dalam muzium Langkawi yang menelan belanja 17 juta ringgit ini.

3d art museum langkawi

Kredit : iamekamiezza

3 Tarikan Paling Top Kat Langkawi

Tips Pengunjung

art of paradise langkawi

Kredit : iamekamiezza

1. Kalau datang berkumpulan, datang awal. Anda mungkin menghabiskan masa 2-4 jam kerana sibuk berganti-ganti bergambar.

2. Anda perlu buka kasut untuk masuk. Sila pakai stokin yang bersih. Sebab takut-takut, awak sakan selfie, tapi berdarah hidung orang lain kat tepi.

3. Tempat ini dalam Oriental Park. Jadi boleh lah singgah ke sini sebelum atau selepas naik kereta kabel.

4. Dekat kawasan ini juga ada Time Travel Imaginarium yang boleh anda masuk.

Harga Tiket

Kanak-kanak 3 tahun ke bawah masuk percuma

Harga Tiket Walk-InDewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Kemasukan hanya melalui kombo tiket kereta kabel Langkawi
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 3 Jan 2023
art of paradise 3d art museum langkawi

Kredit : norah_suleman

Tiket Combo Dengan Kereta Kabel

Harga Tiket Walk-In (4 in 1)Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Warganegara4333
Pelancong Asing8565
Beli Tiket Murah Kereta Kabel
Penting: Tiket kereta kabel datang secara combo 4-in-1 ( Kereta Kabel Skycab + SkyDome + SkyRex + Muzium 3D)
Harga dikemaskini sehingga : 10 Jan 2024

* Semua gondola (private, express etc) datang dengan combo 4 tiket dalam 1 (seperti normal combo).

JomJalan Seluruh Langkawi

Senarai tempat tarikan best di Langkawi
Layan kedai makan sedap Langkawi
Promo hotel, tarikan Langkawi

 

Jomjalan