angkasawan di planetarium negara malaysia

Kredit : zulhelmimohdisaM

Planetarium Negara

Letih cerita dunia? Jom pi Planetarium Negara, kita layan cerita angkasa.

Kalau USA ada Kennedy Center, kita ada Planetarium Negara.

Dibina kat atas bukit berdekatan Tasik Perdana, Planetarium berkubah biru telah ini siap pada tahun 1994. Ini satu dekad sebelum Malaysia menghantar manusia pertama ke angkasa lepas (melalui usahasama dengan agensi angkasa lepas Rusia).

layan replika planet marikh di planetarium

Kredit : shyla_bakar

Macam mana-mana pusat angkasa negara lain, tarikan utama planetarium ini adalah ruang teater yang menayangkan rancangan berkenaan angkasa lepas.

Selain kawasan itu, anda juga boleh tengok baju angkasawan, replika setelit dan layan kawasan luar Planetarium yang ada replika jam matahari Stonehenge dan balai cerap purba yang dibina dekat dengan dengan bangunan kubah ini.

stonehenge planetarium negara

Kredit : viktor_apasov

Kalau anda zero fasal angkasa lepas, dan tak boleh bezakan baju angkasawan dengan baju petugas Covid-19, tempat ini tempat menguap.

Tapi kalau anda ada sedikit ilmu astronomi, anak-anak bakal seronok sebab anda boleh gebang kat replika itu ini.

Senang cerita, ini tempat bagus untuk mak ayah yang ada ilmu bintang.

Kalau tak, setakat bergambar sahajalah jawabnya.

baju angkasawan

Kredit : nurulhudamamor

Tarikan Lain dan Sekitarnya

Kalau anda memang nak anak di expose kepada sains, ada tarikan hampir sama kat KL ini.

Antaranya termasuklah Petrosains KLCC dan juga Pusat Sains Negara.

Dan sebab dah alang-alang kat kawasan sini, jangan lupa ambil angin kat Taman Botani Perdana, Muzium Kesenian Islam dan Taman Burung KL.

Harga Tiket

Harga WarganegaraDewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
GaleriPercumaPercuma
Tayangan Planetarium64
Space Pod128
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 2 Jan 2024

Waktu Operasi

Tutup Isnin
Selasa – Ahad : 9pg – 4:30 ptg

3 Tarikan Paling Top Kat KL


JomJalan Seluruh KL

Senarai tarikan best di Kuala Lumpur
Hotel terbaik pilihan kami
Promo hotel, tarikan KL
Layan kedai makan sedap kat KL

Jomjalan