Dapat berendam dalam tab mandi masa cuti memang satu luxury.
Lagi-lagi kalau book hotel ini dengan buah hati untuk sambut honeymoon atau anniversary.
Ini senarai hotel-hotel KL yang bukan saja ada bath tub — tapi punyai view power dari tempat anda mandi.
Hotel KL Ada Bathtub View Best
Grand Hyatt



Bilik dengan tub mandi ada view : Diplomat Suite, Superior Suite, Garden View Grand Suite, Grand Suite, Grand Twin Tower Suite, Presidential Suite
Harga Biasa | RM 510 ++ |
---|---|
Harga Diplomat Suite | RM 1800 ++ |
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Kalau kami hanya perlu pilih hanya satu hotel dengan bathtub untuk honeymoon, Grand Hyatt KL ini pilihan kami.
Bathtub marble nya dibuat bulat.
Saiznya luas untuk lebih dari seorang.
Pemandangan dari tub mandi anda ialah view menara KLCC.
Bila siang, cantik. Masuk malam, romantik.
Bilik air kat sini antara yang paling luas dalam KL.
Dan yang bagus lagi, sarapan dan high tea kat Grand Hyatt ini pun antara yang selalu dipuji.
Kalau book masa tahun baru — boleh layan bunga api KLCC sambil santai dari tub mandi.
Banyan Tree



Bilik dengan tub mandi ada view : Signature Banyan Retreat, Signature Sky Retreat, Sanctuary Suite, Sky Sanctuary Suite, Banyan Tree Suite
Harga Biasa | RM 800 ++ |
---|---|
Harga Signature Banyan Retreat | RM 810 ++ |
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Hotel Banyan Tree ini ada pun ada 55 suite special dengan bath tub yang dalam dan cukup besar untuk anda berdua.
Dan pemandangan semasa anda layan tub mandi adalah menara KL Tower.
Untuk yang datang honeymoon dan nak cuti sambil berbelanja, ini hotel yang ideal untuk anda enjoy sama-sama.
Sebabnya, Banyan Tree ini antara hotel yang dekat dengan mall.
Nak shopping? Pavillion Mall kat tingkat bawah saja.
Tekan butang lif, boleh gelak ketawa ronda mall dari pagi ke senja.
[static_content id=”25022″]
EQ Kuala Lumpur



Bilik dengan tub mandi ada view : Aha Suite, Executive Suite, Presidential Suite
Harga Biasa | RM 580 ++ |
---|---|
Harga Bilik Suite | tiada info kerana bilik terhad |
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Boleh pamper isteri tersayang anniversary nanti.
Kalau nak suite dengan bath tub yang ada pemandangan, kena belanja extra.
Dalam beratus bilik kat sini, cuma ada 3 jenis suite limited edition yang cukup special untuk cuti anda.
Dan view yang anda bakal dapat dari bath tub anda ialah pemandangan lumayan sekitar KL Tower dan KLCC.
Kat sini, tub mandinya pun dalam.
Sekali masuk, berjam-jam anda berendam.
Pavilion KL



Bilik dengan tub mandi ada view : Urban Studio, Pavillion Suite, Presidential Suite
Harga Biasa | RM 680 ++ |
---|---|
Harga Bilik Studio | RM 700 ++ |
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Pavilion Hotel KL pun ada suite dengan bath tub dengan pemandangan power dari bilik air saja.
Tub mandi kat bilik jenis Urban Studio, bulat dan besar.
Memang muat lebih dari seorang. Boleh layan bubble bath puas-puas sambil cuci mata tengok pemandangan luar sana.
Saiz bilik airnya pun hampir seluas kawasan tempat tidur anda.
Nak pamper lagi?
Ada Banyan Tree spa untuk urut kaki.
Kalau itu belum buat cik adik happy, lokasinya akan buat mata isteri berkelip-kelip macam lampu raya aidilfitri.
Hotel ini kat tengah Bukit Bintang, dan bersambung dengan Pavillion mall kat sini.
Bolehlah isteri tawaf mall seawal 10 pagi.
The Ruma



Bilik dengan tub mandi ada view : Deluxe Suite, Grand Suite
Harga Biasa | RM 880 ++ |
---|---|
Harga Deluxe Suite | RM 1300 ++ |
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Diletak sebagai salah satu hotel baru paling power dalam dunia untuk 2020, The Ruma ini pun ada bath tub dengan view untuk anda.
Tub mandi kat sini gaya Zen.
Mandi rasa aman, berendam rasa tenang.
Kalau rasa insecure, cermin bilik air anda ada blind untuk anda sesuaikan berapa banyak luas tingkap yang dibuka.
Untuk encik hubby nak extra manjakan diri, ada branch barbershop tertua kat UK — Truefitt & Hill untuk dia stylekan rambutnya kat sini.
Satu lagi, boleh enjoy lama rehat kat sini.
Sebab ada waktunya, anda boleh check in seawal 11 pagi.
Nak lepak lama? Ada waktunya ia beri anda late checkout sampai 6 petang untuk enjoy lebih lagi.
St Regis KL



Bilik dengan tub mandi ada view : St Regis Suite, Caroline Astor Suite, John Jacob Suite, Presidential Suite, Royal Suite.
Harga Biasa | RM 900 ++ |
---|---|
Harga St Regs Suite | RM 1300 ++ |
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Dari KL sampai Langkawi, jenama St Regis ini memang sinonim dengan bilik hotel luxury.
Jadi semua bilik kat hotel ini ada tub mandi.
Tapi untuk dapat bathtub dengan pemandangan Taman Botani Perdana, pilih samada untuk tempah St Regis, Caroline Astor atau John Jacob Suite.
Duit bukan hal?
Kalau sanggup belanja sampai RM 35,000 satu malam, tub mandi dengan pemandangan power ada juga untuk Presidential dan Royal Suite nya.
Untuk tambah mewah, semua bilik kat sini ada kemudahan butler.
Nak apa-apa, boleh suruh saja. Aih! Memang rasa bak putera raja.
Okay selesai sudah senarai suite kat KL yang ada tub mandi dengan pemandangan bandaraya, taman atau menara KLCC.
Dalam banyak -banyak hotel dengan bath tub yang ada view kat KL ini, mesti ada satu yang menarik hati.
Camna? Dah tak sabar nak book bilik-bilik hotel sini untuk cuti nanti?