Setelah tidak menerima pelancong sejak Mac 2020, Langkawi akan dibuka semula untuk dikunjungi mulai 16 September ini.
Persoalannya, selepas 1 setengah tahun ditutup untuk pelancong, apa SOP melancong ke Langkawi semasa gelembung pelancongan ini?
Update 8 Disember 2021
Pelancong asing ke Langkawi melalui VTL dan Langkawi Travel Bubble diwajibkan menjalani ujian Covid selama 6 hari.
Perkembangan terbaru ini dibuat setelah mengambil kira kewujudan varian Omicron yang dikatakan lebih cepat merebak dari varian Delta.
Update 12 Oktober 2021
Keperluan swab test untuk Langkawi dibatalkan serta merta.
Keputusan ini dibuat setelah peratusan pelancong tempatan ke Langkawi yang positif Covid adalah rendah.
Update 15 September 2021
Bermula 16 September, pelawat yang ingin melancong ke Langkawi perlu menjalani ujian Covid-19.
Menurut Menteri Kesihatan, setiap pelancong berumur 7 tahun ke atas wajib menjalani ujian tersebut.
Anak di bawah umur tersebut pula hanya perlu menjalani ujian simptom, dan wajib bersama penjaga yang telah divaksin penuh, tidak positif ujian Covid dan bukan contact rapat mereka yang positif.
Ujian RT-PCR atau RTK-Antigen perlu dibuat dalam masa 48 jam sebelum tarikh berlepas, di mana-mana klinik atau makmal swasta. Hasil ujian wajib dibawa untuk pemeriksaan di airport atau jeti feri.
Selain itu, mereka yang membeli kit uji sendiri boleh juga melakukan ujian Covid-19 di kawasan khas screening sewaktu mereka tiba di airport atau jeti. Ujian ini akan diperiksa dan disahkan oleh pemeriksa kesihatan bertauliah di situ.
Update 12 September 2021
Menteri Kesihatan, Khairi Jamaluddin hari ini menjelaskan yang pelancong menggunakan jalan udara TIDAK memerlukan kebenaran polis untuk melancong ke Langkawi.
Kebenaran polis hanya wajib untuk mereka yang merentas negeri melalui jalan darat.
Update 9 September

Berikut adalah pengumuman terkini oleh Menteri Pelancongan tentang SOP pembukaan Langkawi untuk pelancong tempatan.
Kebenaran Melancong
Kebenaran polis diperlukan. Bukti pembelian seperti tiket penerbangan, tiket feri, resit hotel atau resit pakej pelancongan perlu dibawa sebagai bukti.
Ia juga perlu ditunjuk jika diminta oleh pegawai pematuhan SOP semasa di Pulau Langkawi.
NOTA: Update 12 September menjelaskan kebenaran polis hanya wajib untuk pelawat yg menggunakan jalan darat.
Tentang SOP Perjalanan Melancong ke Langkawi
- Mereka yang berada di negeri Fasa 1 juga kini dibenarkan melancong ke Langkawi.
- Mereka yang menggunakan jalan darat WAJIB menggunakan khidmat agensi pelancongan.
- Mereka yang menggunakan jalan darat TETAPI dari Kedah dan Perlis dikecualikan dari menggunakan khidmat agensi pelancongan.
- Jumlah penumpang dalam kenderaan tertakluk kepada kapasiti kenderaan.
- Pelawat yang menggunakan laluan udara (kapal terbang) tidak diwajibkan menggunakan agensi pelancongan.
Menginap di Kedah/ Perlis
- Pelawat yang perlu menempah hotel di Kedah/ Perlis untuk menyesuaikan kemasukan ke Langkawi dengan jadual feri dibenarkan berbuat demikian di penginapan yang berdaftar.
Pelawat Kanak-Kanak/ Had Umur Pelawat
Tiada had umur ditetapkan. Akan tetapi, mereka yang di bawah 18 tahun mesti sentiasa bersama penjaga yang lengkap divaksinasi.
Ujian Saringan/ Swab Test
Tidak diperlukan.
Jenis Cuti
Semua jenis percutian di bawah dibenarkan:
- Pergi balik harian
- Bermalam
- Pembelian tempahan penginapan/tarikan oleh pelawat sendiri
- Pembelian tempahan penginapan/ tarikan dengan agensi pelancongan
Siapa Yang Boleh ke Langkawi?
Hanya pelancong domestik (warga Malaysia) yang sudah menerima 2 dos vaksinasi lengkap, DAN lebih tempoh 14 hari dari tarikh vaksinasi yang boleh melancong ke Langkawi dalam program rintis ini.
Pembukaan Langkawi untuk pelancong asing dijangka hanya seawal Disember 2021 atau Januari 2022. Dan para pelancong asing dijangka diarah menjalani kuarantin wajib setibanya mereka di sini.
Apa Sektor Pelancongan Yang Dibuka?

Mengikut Kementerian Pelancongan, ini 7 sektor yang dibenarkan beroperasi.
Penginapan : Penginapan di hotel dan homestay dibuka. Semua fasiliti dalam hotel dan homestay juga dibenarkan beroperasi. Untuk pastikan anda selamat semasa menginap di hotel, boleh ikut panduan menginap semasa Covid di sini.

Tempat Menarik Utama: Aktiviti pantai, sukan air, snorkeling, selam skuba, pelancongan memancing, pusat edutainment, taman rekreasi, extreme/ adventure/ nature parks, farms, akuarium, zoo dan lain-lain kegiatan riadah, rekreasi serta sosial dibenarkan di buka.
Antaranya termasuklah Underwater World dan Langkawi Wildlife Park.

Aktiviti Pelancongan Minat Khas : Sukan golf, scuba diving, cycling, angling, yachting dan sebagainya.
Contohnya trip snorkeling ke Pulau Payar.

Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga. Contohnya taman tema Splashout Langkawi.

Aktiviti Eko Geo-Kembara : Bird watching, caving, mountain climbing, white-water rafting, hiking, jungle trekking, camping dan sebagainya. Contohnya seperti trip island hopping.

Premis hasil seni, budaya dan warisan. Ini merangkumi muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat/kampung seni warisan budaya, pementasan persembahan budaya dan lain- lain. Contohnya Galeria Perdana.
Lawatan akademik seperti ke Geopark Discovery Center, Balai Seni, Laman Padi.
Langkawi Dulu, Yang Lain Menyusul
Hasil perkembangan Projek Rintis Gelembung Pelancongan Domestik ini dan juga jika pematuhan SOP norma baharu di Langkawi berjaya, ia akan dijadikan kayu ukur bagi pembukaan pulau-pulau peranginan yang lain secara berperingkat umpamanya.

Jika berjaya, tempat seterusnya yang bakal dibuka adalah Pulau Redang, Pulau Kapas, Pulau Tioman, Pulau Pangkor, Pulau Rawa, Pulau Perhentian, Pulau Sipadan.
Pembukaan seterusnya akan dikembangkan ke destinasi-destinasi pelancongan utama yang lain seperti Bukit Fraser, Desaru, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan sebagainya.
Dibuka Selepas 80% Divaksinasi
Mengikut LADA ( Lembaga Pembangunan Langkawi), pulau ini dibuka setelah target 80% penduduknya lengkap divaksinasi.
Semasa perancangan membuka Langkawi dibuat, iaitu pertengahan Ogos, dianggarkan 70% dari 111,500 orang penduduknya telah mendapat 2 dos lengkap.
UPDATE : Pada 3 September, pengerusi Persatuan Pelancongan Penduduk Langkawi (LRTA), dipetik berkata :
“Rekod menunjukkan pulau ini telah mencapai imuniti kelompok dengan 89.8 peratus penduduk telah menerima suntikan vaksin dos pertama, manakala 85.3 peratus bagi dos kedua.”
Trip Feri Semasa Pembukaan
Mengikut perancangan trip feri akan dibuat menjadi 10 trip sehari. 4 trip dari Kuala Kedah dan 6 dari Kuala Perlis.
Jumlah kemasukan pelancong tempatan dengan feri dianggar sekitar 3,000 sehari.
SOP Terperinci Masih Belum Ada
UPDATE: SOP seperti di awal post ini.
Apapun, belum ada SOP lengkap untuk pembukaan Langkawi September 16 ini. Belum ada maklumat tentang SOP rentas negeri ke sini memandangkan kebenaran melancong sekarang terhad untuk dalam negeri yang sama.
Kami akan update post ini dari masa ke semasa bila SOP baru keluar nanti.