LOKASI HEBAT
Jalan Kaki ke KLCC
Four Seasons Kuala Lumpur terletak betul-betul bersebelahan dengan Menara Berkembar Petronas dan hanya beberapa langkah dari mall Suria KLCC.
Hotel ini pun dekat dengan Taman KLCC – senang untuk anda berjogging atau bawa anak-anak ke taman permainan bila petang hari.
Dan nak ke Aquaria pun jarak jalan kaki.


SARAPAN PAGI
Aneka Makanan Lazat
Anda boleh bersarapan di Restoran Curate terkenal dengan buffetnya yang meriah seawal 6 pagi.
Ada hidangan dari seluruh dunia selain lauk pauk di zone utamanya (Melayu, Cina, Eropah).
Nak lauk laut pagi-pagi?
Oyster hingga udang galah segar bakal buat anda tersandar kenyang kat kerusi.
BILIK MEWAH
Hypermoden
Suasana bilik hotel kat sini sesuai untuk anda yang ada jiwa moden dan sofistikated.
Senang cerita, untuk kenangan menginap kat billik penuh glamor dan terasa istimewa, ini antara lokasi hotel staycation mewah yang boleh anda rasa kat ibukota.
Kalau berkeluarga, ia juga ada apartmen untuk 1-2 bilik untuk dicuba.






