RUMAH BERSEJARAH
Gulingkan Kerajaan
Beralamat di no 21, Armenian Street, rumah ini dahulunya merupakan bekas tempat Sun Yat Sen dan pengikut-pengikutnya merancang revolusi bagi menjatuhkan Dinasti Qing.
Dianggap sebagai Bapa China Moden, Sun Yat Sen hidup dalam buruan. Beliau lari dari China ke Jepun, Eropah dan Amerika selepas gagal menjatuhkan dinasti beraja.
Apabila beliau mendapati adanya sokongan kuat kaum Cina di Malaya, beliau turun ke Penang pada 1910 untuk menyediakan tapak revolusi baru dan mengaut sokongan bangsa Cina seluruh dunia.


MARKAS
Luar China
Untuk mengabui pihak berkuasa, beliau membuat kelab membaca disini.
Tapi di sebalik itu, rumah ini menjadi tempat beliau dan penyokong berkumpul bagi menyebarkan doktrin-doktrin baru, dan membincangkan cara menjatuhkan raja China dan membina negara republik Asia yang pertama.
Usaha beliau akhirnya berjaya sebelum beliau meninggal dunia akibat kanser pada umur 58 tahun.


	  
	  
	
	
	
	










			
			
	
			
	
			
	



Sesiapa yg mendokong HAK asasi kemanusian wajib singgah di Museum ini, kerana premis ini adalah markas dan ibu pejabat sebuah pertubuhan tempatan yg menjadi tulang belakang perjuangan Revolusi International dan menjadi saksi perjuangan seorang Hero Revolusi yg meletakkan nyawa dlm bahaya.
Hero ini belayar keseluruh pelosok Dunia mengajak semua rakyat China yg tinggal di luar China menyertainya membebaskan China dari kezaliman pemerintahan regim Dinasti.
Premis ini adalah ibu pejabat pertubuhan tempatan yg berkolabrasi dgn pergerakan Revolusi Antarabangsa yg memperjuangkan kebebasan China dari kekejaman regim Dynasty.
Bnyk peristiwa penting yg berlaku di Premis ini.
Terimakasih kpd Pemilik Museum ini yg merupakan Pemilik yg ke5 akan premis ini yg berkorban menyelamatkannya dari pembangunan modern.
Jika tidak mana mungkin kita berpeluang menjejaki peninggalan detik2 peristiwa penting aktiviti Hero Revolusi Dunia itu…
Rumah Heritage 150 tahun ini Rumah kediaman nyonya & baba di Georgetown , cara hidup dan bebudayaan masih jelas dapat dikesani.
Paling menarik ialah struktur binaan pada zaman Penjajahan British. Tempat yang mencatarkan peristiwa penting Sejarah negeri Cina .
Nice place to visit if you are a history lover ! Highly recommend 👍🏻👍🏻👍🏻