11 Hotel di Penang Yg Paling Best & Romantik Utk Honeymoon (Mewah)

Nak duduk hotel paling best kat Penang untuk honeymoon atau sambut anniversary?

Ini senarai hotel-hotel terbaik di sini yang romantik untuk anda berdua.

Jom pilih sama-sama.

Di Bandar Georgetown

Ini senarai hotel-hotel honeymoon di Georgetown Penang yang romantik, yang power. Dengan tempat makan yang dekat, melawat tempat menarik mudah dan hotel yang istimewa, cuti anda bakal diingat sampai bila-bila.

The Prestige

bilik hotel prestie penang yang best untuk honeymoon
Harga BiasaRM 370 ++
Tempah
Tempah

Kalau anda mahukan hotel moden lagi mewah dan berbeza dari kebanyakan hotel yang pernah anda rasa, pilih The Prestige ini.

Setiap inci bilik dihias warna putih dan rose gold yang menambah mood romantik.

Bilik air berdinding kaca nya bakal buat kalian lebih nakal.

Dan mesin kopi tersedia di bilik bakal beri anda tenaga extra untuk bila-bila masa.

Untuk cuci mata, swimming pool infiniti menghadap laut dan senja.

Untuk bergambar, kawasan hotel pun sudah banyak opportunity yang ada.

88 Armenian

Harga BiasaRM 690 ++
Tempah

Hiasan dalam bilik 88 Armenian mengejutkan, lagi-lagi kalau anda cuma mengadili hotelnya dari suasana bangunan luarnya.

Hotel ini cuma ada 6 bilik.

Tapi setiap satunya cukup luas, begitu classy, dihias secara minimalis dan dipenuhi kelengkapan moden yang dikawal dengan iPad di meja kerja.

Bilik airnya antara yang terluas yang bakal anda rasai.

Katil empuknya diimport dari Simmons, iaitu pembuat tilam paling berpengalaman di Amerika. 

Dan TV nya ada pelbagai siaran — Amazon Prime, Netflix sampailah ke Spotify semuanya ada.

Senang cerita, dengan kemewahan sebegini, memang best masa dihabiskan seharian berdua saja.

Hotel Jen

hotel jen yang sesuai untuk honeymoon di penang
Harga BiasaRM 290 ++
Tempah
Tempah

Ini hotel untuk anda yang mahu dimanjakan di bilik honeymoon yang harganya sederhana dan selesa, dan mahu dekat untuk shopping ke mall macam Perangin, 1st Avenue dan Komtar.

Bilik anda sederhana luas, tapi ada pemandangan kota.

Hiasan bilik anda moden dan chic — sesuai kalau anda pasangan muda.

Nak layan ombak kat Batu Ferringhi?

Tak ada masalah.

Ada shuttle pergi balik percuma ke hotel Shangri La Golden Sands tiap-tiap hari.

Walaupun hotel ini ada pool sendiri, anda masih boleh mandi di pool Golden Sands di Batu Ferringhi sebab di bawah satu company.

Nota : Shuttle percuma pergi balik ke Ferringhi dihentikan sejak waktu Covid / PKP

Hotel Honeymoon Terbaik Di Malaysia

The Edison

Harga BiasaRM 399 ++
Tempah
Tempah

Hotel butik 35 bilik ini bakal membawa anda balik ke nostalgia bulan madu zaman kolonial British masa cuti bulan madu anda di Penang.

Lounge dibuka 24 jam kalau anda perlukan makanan percuma, earbuds ada di tepi katil kalau jalan mengacau sunyi anda, dan mandian anda terasa istimewa dengan toiletries jenama Appelles dari Australia.

Nak bergambar untuk memori?

Kawasan hotel cukup untuk dapat gambar yang nampak macam bercuti kat luar negeri. 

Macalister Mansion

Harga BiasaRM 750 ++
Tempah
Tempah

Ini satu lagi rumah agam unik yang cukup cantik untuk bulan madu anda di Penang.

Setiap 8 bilik dalam hotel putih ini ada hiasan berbeza.

Untuk malam yang istimewa, bukan saja katil anda luas dan selesa, tapi anda diberi pilihan dari 7 jenis bantal yang ada.

Kawasan hotel memang terasa macam di Eropah.

Dan setiap malam, bila anda balik dari makan malam, bilik anda lengkap dikemas, dengan kek dan air botol tersedia.

Untuk memori, setiap bahagian hotel sesuai untuk buat gambar honeymoon anda hit di IG.

Dan kalau mengidam nak makan lauk mamak, restoran Kapitan dalam jarak jalan kaki buat layan biryani.

E & O

Harga BiasaRM 430 ++
Tempah
Tempah  

Terkenal dengan layanan kepada tetamu yang mesra, ini satu lagi hotel kolonial yang bakal membuat anda seolah-olah bercuti macam maharaja di India.

Bilik anda cukup luas dengan gabungan dekorasi antik dan moden.

Setiap bilik juga lengkap dengan tub mandi dan mesin espresso untuk bekalkan tenaga tiap hari.

Hotel unik Penang ini lengkap dengan fasiliti.

Ia bukan saja ada spa dan 6 restoran tapi juga tempat untuk anda tempah baju berkualiti dan servis untuk dandan rambut masa cuti. 

Dengan kemudahan yang lengkap, honeymoon di E&O buat anda mahu sentiasa mahu berehat di bilik.

Bukan apa, walaupun tarikan Penang dekat, berehat di bilik juga sudah cukup romantik.

Di Pantai Batu Ferringhi

Isteri lebih suka honeymoon dengan suasana laut Penang? Okay tak mengapa. Ini dia senarai hotel-hotel terbaik di kawasan Ferringghi untuk cuti romantik anda berdua.

Hotel Hard Rock

hotel best untuk honeymoon di batu ferringhi penang
Harga BiasaRM 390 ++
Tempah
Tempah

Nak berhoneymoon dalam bilik yang lengkap dengan TV besar, sound system terbaik dan bilik yang mewah?

Ini antara pilihan terbaik yang ada.

Anda boleh masuk ke Hard Rock Cafe percuma dan layan live band sama-sama.

Kalau tak cukup, boleh sewa gitar untuk main kat bilik dan tunjukkan skill pada si dia.

Pantai ada di belakang hotel.

Dan pool pun memang besar untuk anda layan sama-sama.

Kalau nak lebih seronok, pilih bilik Lagoon Deluxe.

Bukan saja biliknya luas, swimming pool pun beberapa tapak dari tepi katil.

Lone Pine

bilik hotel romantik lone pine penang
Harga BiasaRM 430 ++
Tempah
Tempah

Satu-satunya hotel butik kat Batu Ferringhi, hotel Lone Pine ini tempat bulan madu dalam suasana kolonial.

Bilik di sini luas.

Dan bilik tingkat atas ada tub mandi di balkoni, dan menghadap kawasan laut kawasan ini.

Ia resort mini. Tak seperti hotel-hotel besar lain yang pernah anda rasai.

Vibenya ala Inggeris.

Sesuai untuk memori berbeza tapi masih romantis.

Angsana Teluk Bahang

hotel tepi laut di batu ferringhi yang best untuk anniversary atau bulan madu
Harga BiasaRM 320 ++
Tempah
Tempah

Hotel yang baru siap akhir 2020 ini ada bilik sempurna untuk anda berdua honeymoon di kawasan yang tenang dari hiruk pikuk pekan Penang.

Setiap bilik di sini menghadap laut, jadi bolehlah anda duduk berdua, beromantis layan panorama senja sama-sama.

Swimming pool yang ada pula jenis infiniti dan menghadap pantai Feringghi.

Pantai dekat, dan kalau nak masuk theme park, taman tema Escape cuma 5 minit dari sini.

Shangri la Rasa Sayang

hotel selesa dan romantik di batu ferringhi - shangri la rasa sayang
Harga BiasaRM 590 ++
Tempah
Tempah

Hotel 5 bintang di tepi pantai Batu Ferringhi ini dikelilingi 30 ekar taman hijau.

Jadi honeymoon anda dalam garden, dan belakangnya pantai.

Untuk masa romantis ini, kami sarankan anda book bilik di Rasa Wing.

Setiap satu datang dengan tub mandi di balkoni.

Pool kat guest Rasa Wing pun dikhaskan untuk orang dewasa saja mandi.

Untuk makan berdua di bilik, room servicenya 24 jam sehari.

Dan kalau nak manjakan diri bersama, ada spa dalam hotel untuk anda diurut berdua.

Di Butterworth

Untuk anda yang nak lari dari sesak kawasan pulau, ini hotel di area Kepala Batas, Pulau Pinang untuk honeymoon anda.

Bertam Resort

bertam resort double bed yang luas untuk pasangan baru berkahwin
Harga BiasaRM 370 ++
Tempah
Tempah

Untuk bilik dan resort romantik gaya kat Morocco, pilih resort ini.

Dan selain bilik besar yang ada gaya Timur Tengah, fasilitinya pun baru sebab ia dibuka cuma pada tahun 2023.

Resort ini bertaraf 5 bintang, jadi ia lengkap dengan spa, gym dan kolam renang.

Yang best lagi, nak layan Bertam Waterpark pun senang.

Boleh berseronok layan slide air dengan cik abang.

NOTA : Versi bahasa Inggeris artikel ini : Whispering Love: 11 Exquisite and Romantic Hotels in Penang for a Luxurious Honeymoon

Okay ,lengkap sudah senarai hotel-hotel di Penang yang romantik untuk honeymoon kalau duit bukan masalah.

Hotel-hotel bulan madu kat atas memang power-power.

Jadi nak pilih yang paling best memang susah.

So anda macam mana?

Hotel mana yang perfect untuk cuti romantis anda di Penang dengan si dia?

Hotel Terbaik Penang

JomJalan Seluruh Penang

Layan senarai tempat tarikan best di Penang
Tidur kat hotel terbaik Penang
Promo hotel, tarikan Penang
Makan kat kedai makan sedap Penang
Jomjalan