LOKASI BAIK
Pesisir Bukit Bintang
Hotel ini di pesisir Bukit Bintang, dan anda boleh ke mall seperti Pavilion Kuala Lumpur atau juga ke TRX Exchange dengan hanya jalan kaki.
Stesen MRT Bukit Bintang dan stesen monorel pun cuma 5 minit dari sini.
Jadi mudah anda meneroka Kuala Lumpur dengan tren sahaja.


PENUH FASILITI
Untuk Harganya
Walaupun saiz bilik kat sini agak kecil, ia moden dan selesa.
Dan bagus lagi, ia lengkap dengan fasiliti.
Memang ngam sangat untuk anda yang ada bajet sederhana tapi mahukan penginapan yang ada kolam renang infiniti, sauna, taman dan view kotaraya.
Satu lagi, berbeza dengan hotel sederhana lain di Bukit Bintang yang kerap ada masalah tempat letak kereta, tidak di sini.
Ada lebih 500 bay parking untuk anda letak kenderaan anda di lokasi berbumbung yang tersedia.





