SAIZ BESAR
Atas Bumbung Mall TRX
Taman percuma ini berada di tingkat 3 shopping mall TRX Exchange.
Jadi kalau kaki sudah mula kejang, ini tempat untuk rehat dan layan udara segar kat tengah bandaraya KL.
Taman ini besarnya seumpama 6 padang bola dan merupakan antara taman atas bumbung yang terbesar dalam Asia Tenggara.
Jadi memang lenguh kalau anda nak ronda semua kawasannya.
Cuma sebab ia dibuka sejak 7 pagi sampailah ke 10 malam, ada banyak masa untuk anda explore kawasan yang ada.


KAWASAN MAIN
Untuk Anak
Kat sini ada lebih 180,000 tanaman dengan 900 pokok. Dan ada diantaranya pokok herba dan tanaman lain yang mungkin jarang anda jumpa.
Dan untuk yang nak berpiknik, ia ada kawasan lapang kat Sunlight Plaza yang tanahnya rata untuk anda hampar tikar dan lepak makan dengan keluarga.
Bagi anda yang datang dengan anak, apalah taman kalau tak ada ruang bermain kan?
Jangan risau. Sebab kawasan ini ada kawasan bermain untuk anak-anak.
Dari kawasan air pancut sampailah ke slide gaya rumah Melayu dan kawasan rock climbing, anda yang umur sekolah rendah akan habiskan banyak masa kat sini nanti.
Terapi mata
Port lepak
Port ootd
Best kalau waktu orang tak berapa ramai
Ada playground
Tempat riadah yg baik sekeluarga
Rasanya banyak lagi tempatnya tak sempat nak riki
Bawa baju lebih ya! Sangat seronop.
suasana pemandangan ok…cuma 1 je kurang memuaskan adakah pengguna vape dibenarkan…jgn kecam just cuma nk tanya je