Rumah Terbalik Menara Kuala Lumpur

RM19.00

Tak payah ke Sabah. Kat Menara KL pun ada rumah terbalik sayang oi.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
30 – 45 min
Penting
Tarikan ini telah ditutup pada 2023. Maklumat di bawah hanya untuk tujuan rujukan sahaja.
Harga Tiket
Tiket bermula dari RM 19 dewasa dan RM 14 kanak-kanak
Lokasi
Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur

Ditutup sementara / kekal

DI KAKI KL TOWER

2 Tingkat

Satu masa dulu, berduyun orang pergi Rumah Terbalik kalau ke Sabah.

Tapi sekarang, rumah terbalik dah ada kat banyak negeri. Dan untuk orang KL, boleh datang ke Menara Kuala Lumpur.

Rumah ini 2 tingkat. Dan siap ada kereta Morris Minor lama yang juga dibuat terbalik kat perkarangan rumah.

rumah terbalik menara kuala lumpur

rumah terbalik menara kuala lumpur

UTK KAKI IG

Berposing & Simpan Memori

Tapi hanya sebab ia dua tingkat, tak bermakna ia besar. Rumah ini kecil saja abang Pian oi.

Tapi ia rumah terbalik tertinggi kat Malaysia. Dan dibuat elok-elok dalam kawasan macam rumah, dan bukan dalam shoplot macam di Melaka dan tempat lain.

Kalau anda suka berposing, dan memang gigih upload gambar ke IG selang 2 jam, tempat ini dan tarikan bergambar lain (macam Muzium Selfie, Muzium Ilusi )mungkin okay.

Sebab dengan perabut yang diletak terbalik kat siling, gambar anda boleh membuatkan follower kerajaan langit anda takjub.

Tapi kalau kali terakhir anda bergambar ialah masa bersanding 5 tahun dulu, carilah alternatif lain kat Menara KL ini.

Tiket Rumah Terbalik

Harga Tiket Walk-In

Harga Tiket (RM)DewasaKanak2
Warganegara1914
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 2 Jan 2023

Alternatif

Selain dari yang kat Menara KL, ada rumah terbalik lain di Melaka, Langkawi, dan Sabah.

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Rumah Terbalik Menara Kuala Lumpur Rumah Terbalik Menara Kuala Lumpur
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)