Tiket Museum of Illusions

RM45.00

(4 review)

Nak masuk ke muzium illusi? Tak perlu ke New York atau Dubai. KL pun ada.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
30 – 45 min
Harga Tiket
Harga tiket bermula dari RM 45 untuk dewasa dan RM35 kanak-kanak
Lokasi
Level 1, Ansa Hotel Kuala Lumpur, 101, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

Add to Cart
seorang gadis bergambar di muzium of illusion kl chair
Tiket Museum of Illusions
RM45.00

MUZIUM COOL

Alam Magikal

Muzium Ilusi kat Kuala Lumpur ini kecil sahaja, dan harga tiket masuk pun agak premium.

Tapi mengikut review ramai yang dah jenguk, ini muzium yang cool!

Dari bilik anti gravity yang boleh buat anda nampak macam melawan hukum alam, sampailah ke bilik Ames yang boleh buat dua orang dalam satu bilik nampak seorang besar, seorang kenit, semua benda yang ada dalam muzium ini dibuat semacam magic.

Tapi semuanya ilusi. Alah, macam David Copperfield atau Darren Brown tu.

seorang anak bergambar dengan ayahnya di museum of illusions kuala lumpur

seorang wanita sedang bergambar dengan background berlampu di museum of illusions kuala lumpur

UTK SEMUA

Sweet On The Planet

Tapi lain dari lukisan 3D macam di Illusions 3D Art kat Central Market.

Nak sorok badan boleh, nak jadi besar boleh, nak merasa masuk dalam terowong yang berputar-putar pun boleh ( walaupun sebenarnya terowong duduk diam sahaja).

Kalau bilik sedang ada orang, boleh masuk ke playroom.

Ada mainan uji minda yang boleh digodek-godek — bagus untuk kawan-kawan yang perasan cerdik.

Boleh lah digelakkan depa tu.

Tiket Muzium Ilusi

Harga Promo Illussion Museum KL

Tiket Promo Online
Potongan Harga
0%Tempah

Harga Walk-In

Harga Tiket (RM)Warga MalaysiaPelancong
Dewasa4555
Kanak-Kanak3545
Pelajar4050
Warga Emas4050
Harga tiket dikemaskini hingga : 8 Sep 2025

Tarikan Berdekatan

Hotel Best Berdekatan

4 review utk Tiket Museum of Illusions

5.0
Berdasarkan 4 review
5 bintang
100
100%
4 bintang
0%
3 bintang
0%
2 bintang
0%
1 bintang
0%
1-4 dari 4 review
  1. Semua ok, lagi2 yang spiral tunnel tu memang best. Cumanya wood block yang disediakan semuanya bau busuk macam bau kaki… Hmm please improve yang tu je 🥲

    (0) (0)
  2. Banyak teka teki yang perlu diselesaikan dalam muzium ini.

    Perlu banyak masa untuk atasi teka teki tersebut.

    Sayang telefon bimbit saya kehabisan tenaga elektrik.

    Banyak gambar menarik dalam handphone satu lagi.

    (0) (0)
  3. Tempat yang sesuai untuk luangkan masa dengan family . Staff memang friendly and sangat membantu .

    Boleh guide untuk tangkap gambar. And nak pergi pun senang 🙂 . Terletak di Hotel Ansa Level 1 .

    Boleh naik MRT and turun je dekat Pavilion Bukit Bintang 😎 and lepas tu boleh shopping2 pulak . Kalau drive boleh parking dekat Lot 10 . 😉

    (0) (0)
  4. Yayyy! Seronok nya dapat pergi tempat ni🥰 like legitly best gilaaaa serious😍👍🏻 pekerja dekat sini semua fun fun and banyak membantu, and dekat sini me and my friend dibantu oleh, Aina. She’s super kind and lovely guys hahahaha thank youuu! You guys should come here and enjoy every moments ❤

    (0) (0)
Masukkan ulasan
Tiket Museum of Illusions Tiket Museum of Illusions
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)