SEJARAH
Pusat Seni Asean
Dulu pasar basah. Sekarang tempat cenderamata — dari key chain dan loket sampailah ke kain songket.
Selepas Merdeka, bangunan lama dan bersejarah di Kuala Lumpur ini sebenarnya sudah cuba diroboh beberapa kali.
Tapi setelah pelbagai usaha untuk memusnahkannya tidak berjaya, Central Market atau Pasar Seni ini dijenamakan semula.
Sekarang Central Market ini dah dijadikan pusat sehenti tradisi untuk produk seni dari Malaysia dan negara Asean.


AKTIVITI
Ukiran Hingga Tarian
Bila sudah kat sini, anda boleh shopping pelbagai jenis cenderamata.
Ada kraftangan, barang pewter dan songket hinggalah ke batik dan ukiran kayu Borneo.
Kalau tak mahu membeli, anda juga boleh duduk menonton tarian tradisional secara percuma di pentas luar Central Market. Cuma, anda kena datang pada masa yang sesuai.
Kalau anda datang ke sini dengan perut kosong, ada food court di tingkat atas.
Kaki kek boleh ke Secret Recipe, pengunjung bukan Islam boleh santai-santai di Old Town Kopitiam dan mereka yang mahu layan lauk tradisional Melaka boleh cuba masuk ke Restoran Precious.
Banyak tempat boleh visit area pasar seni. Nampak lebih kepasa souvenir tapi ada jumpa kedai majalah and comic lama from US. Kedai makan dan cafe pun banyak 💯 plus lama gila tak jumpa putu buluh 😭🤤
Tempat untuk jalan² bersama pasangan, dan shopping barang art berat. Boleh jumpa ramai gadis² fesyen sepesen semua sambil pegang baby breath.
Central market or also called as pasar seni secara tak langsung adalah pasar aesthetic pada pandangan saya.
Banyak seller kecil-kecilan yang mengusahakan produk di sini (di bhgian bawah). Di bahagian kedai-kedai boleh didapati kedai cenderamata.
Sangat mudah untuk mendapati kedai makan di sini di tingkat 2. Makanan harga standard . Tak boleh expect murah. Rate around 6/10-7/10 untuk makanan di sini.
Pasar seni sudah ada peningkatan. Semakin banyak kedai dan kiosk. Banyak tempat makan. Malam2 pun ada bazaar kat sekeliling pasar seni.
Tandas cas RM 0.50 tapi boleh bayar QR. sejuk. Sentiasa ada event. Tak pernah bosan sebab event bertukar2.
Pasar Seni sekarang dah jauh berbeza dgn dulu. Ruang dalam ada aircond, banyak pilihan makanan kat food court aras 2, selalu ada event dan ada supermarket dalam ni.