Zoo, Akuarium & Taman Haiwan di Malaysia

Ini senarai zoo, akuarium dan taman haiwan di seluruh Malaysia. Dari jerung tengah KL hingga panda dari China dan kelip-kelip di pesisir sungai, semua ada di Msia

Zoo & Akuarium Popular

Untuk taman rama-rama paling selesa, pilih Entopia di Penang. Dan utk tengok jerung di tengah bandaraya, Aquaria KLCC adalah pilihan mesra family.

Petting Zoo

Anak nak pegang binatang? Ini antara lokasi yg mana mereka boleh sentuh dan bermain dengan haiwan yg ada.

Yg popular di KL ialah Farm in The CIty dan G2G Animal Garden.

Taman Tema Ada Mini Zoo

Sebab haiwan memang hit dengan kanak-kanak, taman tema di Malaysia pun ada yg ada taman haiwan.

Lost World di Tambun ada petting zoo manakala Sunway Lagoon KL ada mini zoo yg siap dengan harimau putih. Yg nak merasa safari boleh ke A Famosa Resort di Melaka.

Lihat Semua Tarikan Haiwan

Soalan Lazim

Loader image

Zoo yang terbesar kat Malaysia ialah Zoo Negara.

Saiznya seperti lebih 60 padang bolasepak.

Zoo Negara Malaysia adalah satu-satunya zoo yang ada panda dalam Malaysia.

Antara sebabnya ialah kos memelihara panda amat tinggi.

Panda tinggal dalam kawasan berhawa dingin 24 jam. Jadi kos aircondnya sekitar RM 40K sebulan.

Selain itu kos sewaannya juga amat tinggi (Yup! Hampir semua panda yang ada di zoo seluruh dunia disewa dari China pada harga USD 1 juta setahun).

Akuarium terbesar Malaysia ialah Aquaria KLCC.

Selain jerung ia juga ada penyu yang boleh anda lihat di terowong dengan travelator bergeraknya.

Akan tetapi, walaupun ia yang terbesar, akuarium bawah tanah ini hanya mengambil masa 30 - 45 minit untuk anda layan semua haiwan akuatik yang ada.

Zoo Taiping adalah zoo yang tertua dalam Malaysia.

Zoo ini ditubuhkan pada 1924. Maksudnya ia wujud sebelum kita merdeka lagi.

Ini antara haiwan yang hampir pupus/rare yang ada mengikut lokasi :

Zoo Negara

Taman Burung KL

Sunway Lagoon

  • Singa putih & harimau putih

Aquaria KLCC

 

Kebanyakan zoo yang dianggap terbaik dunia berada di Eropah atau Amerika.

Akan tetapi, kat Asia, antara zoo yang dianggap bertaraf dunia ialah Zoo Singapura.